Sudah lama tak ketemu encik chenta.. apa khabar agaknya..bagaimana rupanya. semakin kuning kah giginya? semakin hitam kah kulitnya? semakin besarkah vontotnya? Wallahualam..
Encik chenta meminta aku memuat naik hasil kerja tangan ku untuk micro teaching malam esok. Aku tunaikan juga permintaanya.
Dalam hati ini, telah timbul rasa cinta, pada satu bidang yang belum pernah dalam hayat aku untuk meneroka nya. dan Tuhan, telah membuka peluang itu dan menampakkan pada aku, early chidhood education sesuatu yang luas dan pelbagai cabang. Masih dalam pertimbangan untuk masuk ke senarai pengajian Doctorate nanti, InsyaAllah.
Kanak-kanak dilahirkan suci dan bersih. Kita yang mencorakkan mereka. Mereka belajar 85% dari pemerhatian. Kalau si Ibu menjerit menyuruh anak diam, beerti itu SALAH. Mahu anak diam, walhal si ibu menjerit. nampak bukan?
Itu baru muqaddimah..
Buat masa ini, aku hanya dapat memuat naik gambar 'Puppet Socks" yang telah dibuat sepanjang hari serta buku cerita Perayaan Tahun Baru Cina. Xinnian Kuaile :) Buku Cerita Tahun Baru Cina by Me...
Baju Cheing sam yang cantik:)
Xinnian Kuaile mesti ada limau mnadarin!
Tarian singa..Dong2 Cheng..Dong2 Cheng!
Ang paw!!! seronoknyaaa!!!
Inilag Mei Ling yang cantik tu!!!