Pages

Ads- - -

Saturday, March 5, 2011

Kutuk Lelaki, Kagum Lelaki


Hari ni mood aku baik sikit. Dari Tengah malam tadi aku doodle kartun dan akhirnya terhasil lah ia..Selama ni aku lukis atas kertas aje sbb aku tak reti lukis pakai software. Ni pun pakai photoshop je yang aku testing2.  Aku asik mencarut je memikirkan pasal sikap, sifat lelaki ni. Padahal aku lupa yang Abah, abang dan sebilangan lelaki yang aku adore adalah lelaki. .Ya LELAKI..Dalam dunia, ada beberapa lelaki je yang layak di adore oleh aku.
1.       Abah aku

Tak dinafikan, abah aku memang garang. Suka bantai aku, maybe sebab aku degil. Pastu mungkin dia tension anak ramai pastu anak tak dengar cakap. Dah besar ni, dia slow banyak. Malah, kalau dia nasihat sikit jer, air mata aku meleleh keluar. Aku tak pernah dengar abah aku kentut, sendawa atau nampak dia tinggalkan pinggan lepas makan.  Aku tak pernah Nampak dia makan kedai, sebab dia tak suka. Dia nak mak aku jugak masak. Masa kecik2, sedih gila,,,KFC tu apa..McD tu apa…Seafood makan kat kedai tu camana..Aku sangat adore dia. Aku tak suka ngaji ngan dia masa kecik2, sebab lama. Kena idgham, dan tajwid yang betul..bosan gilerkh masa itu. Sekarang aku nyesal, hukum tajwid pun aku dah lupa. Tapi de sudut yang aku tak berapa gemar..Dia kalau marah kat mak aku, memang tak beringat..sian mak aku, sampai rebel..=P tapi mak orang yang patuh. Abah memang best! Kalau raya, dia akan buatkan meriam untuk anak dara dia main..pastu kalau banjir, dia buatkan anak dara dia rakit..peh! main kat parit depan..Heaven giler masa tu. Abah aku jugakla yang ajar kami semua berenang pakai pelampung kelapa. Tapi, aku memang tak reti berenang sampai sekarang walau aku ringan:P
2.       Cikgu Hasan

Cikgu Add math aku. Muka dia cam abah aku. Idung dia pu mancung cam abah aku. Tua pun lebih kurang cam abah aku! Aku dah tak tahu dia kat mana sekarang. Dia ni lantang bersuara cerita pasal Kerajaan dan Pembangkang. Itu semua dia punya pasal. Aku suka sebab dia seorang yang intelek. Sangat genius add math tu..dan juga fizik! Sangat besederhana. Pegi sekolah pun naik motor Honda buruk jer. Motokar pun ada van buruk je. Semua hijau,,,rumah hijau, baju hijau,…songkok je putih. Comel betul!  Dahla pandai…ish2..cikgu kan…=)
3.       Mazidul Akmal Sidek

Aku tak pernah kenal dia dialam nyata. Semua melalui maya. Tapi yang aku suka, aku terasa dekat dengan dia melalui blog dia. Dia macam reporter bergerak. Memang dia tak hensem, tapi aku suka cara dia menyampaikan isu2 terkini. Dikupas menjadi sesuatu yang sensasi, bukan dipolimikkan. Dan Aku tak Nampak dia tak telus. Semua yang dia buat faedah kepada masyarakat. Aku minat sangat bidang pengacaraan. Badan aku kecik, pastu muka budak. Jadi, ia membantutkan cita-cita aku untuk jadi host atau newscaster. Tapi En. Mazidul nilah yang buat aku berfikir, fizikal bukan segalanya. Ras Adiba Radzi pun Media hired dia apa.. Sorry la brader, Aku doodle muka kau cam ini. Aku ingat nak buat kau hensem lagi, tapi kau adalah ciptaanNYA yang sudah sempurna.
4.       Mantot

Lagi Alam maya punya produk. Brader MANTOT. Aku silent reader blog dia. Alhamdulillah, aku dah khatam baca blog dia yang ditulis sejak tahun 2008. (Kalau tak silap la)..Pada aku Mantot punya idea yang banyak. Dia pandai gilap dan pengolahan idea dia menjadi sesuatu yang berbisa. Aku suka baca kisah dia –percintaan monyet—politik (dia tak puas hati/tatau lah parti pembangkang ke pe). Tapi pada aku semua yang dia tulis tu banyak yang buat aku touching.  Hebat kau mantot! Tapi dari satu sudut, aku tak suka dengan cerita dia yang pervert tu! Aku rasa dia ni players jugak masa muda mudi dia..Sekarang dia dah kawen, lagi dah nak dapat anak. Aku harap dia dah berubah.. Jadi seorang abah kan..mestilah perangai pun dah boleh adjust. Korang boleh Nampak kartun tu..MAntot berambut kembang dengan specky..aku main hentam jer. Tak sanggup nak membayangkan rupa mantot camana..HA3! Biarlah ilusi mantot begitu…Tahniah mantot, aku hanya dapat hadiahkan kau Laptop Cap Apple ayam dalam kartun aku aje..Orang lain tak dapat!
5.       Johan dan Zizan

Ni pun maya gak cuma interaksinya satu hala. Dia buat lawak, aku ketawa..Padahal diaorang ni tak boleh komen2 atau kenal rapat dengan aku.. Peduli orang nak cakap dia buat lawak apa. AKu suka sebab aku rasa diaorang ni berbakat yang amat! Aku tak layan pun ‘Raja Lawak’ tu sebab aku jarang tengok Astro. Umah aku pun tak ada Astro. Aku tengok Youtube. Memang terkesan lawak diaorang ni..
6.       Annas Easkey

Korang pernah dengar? Dia ni muda lagi. Photographer dan MUA (MakeUP Artist) yang fofular di maya. Aku pun tak berapa kenal sangat, tapi aku suka tengok hasil2 kerja dia. Sangat berbakat. Aku dah like page dia kat FB. (dulu aku ada FB, sekarang dah tak)..Dan aku berusaha untuk join contest dia.. Aku konon2 nak jadi freelance model lah kan. Lagi2 kerja ngan Anas ni. Untuk contest tu, Siap pergi lokasi2 nak ambil gambar yang perfect, siap tacap muka aku lagi…Malangya dia tak pandang pun penyertaan aku. Bagi aku, dia mungkin senang kerja dengan orang famous. Yelah aku bukan siapa2. Maybe gambar yang aku ambik tu, selebet, tu sebab dia tak pandang..Ha3! Aku rasa dia boleh pergi jauh dalam dua bidang tu..Dia masih muda..Ada niat nak upah dia time wedding aku 2015 nanti. Mesti price dah up kan? Ha3.
7.       Aidil

Aku suka dia sebab tu aku boleh tahan dengan dia selama 8 tahun. Banyak benda kitaorang lalui bersama. Aidil bukan siapa2. Tak hensem, belajar pun takat mana aja..Tapi..tapi…Aku suka sebab courage dia dalam banyak perkara. Dia dah berenti merokok, selama 13 tahun merokok. Masa tu, aku baru setahun kawan dengan dia. Dia belajar mengaji dekat masjid dalam time umur dah tua. Dia ngah sambun g study lagi..Study level apa? Level yang tak perlulah aku cakap kalau kawan2 semua 20 tahun kebawah dari dia. Aku nasihat, penting tu semua. Biarkan kawan2 dia momok2kan..siap cakap buat apa belajar lagi..Huh! Tapi dia ini orang yang mudah patah semangat tapi senang nk rise balik. Aku takkan lupa satu ayat dia..” Alhamdulillah, aku dah berubah..aku nak berubah dah lama..aku tak tau macammana nak keluar dari hidup aku yang dulu, dan Tuhan telah jumpakan aku dengan kau yang bawak aku hidup macam orang berguna kepada agama, dan bangsa”…(masa tu cakap sambil meleleh air mata) ha3! Budak nakal hati batu pun ada sentimental nya tahu! Tahniah Aidil!
Aku bukan kagum dengan lelaki2 ni sebab diaorang fofular? Tak..sebab bakat diaorang, sebab ada kualiti diaorang yang aku je boleh rungkaikan. Mana-mana lelaki yang mintak aku adore dia, korang layak ke??

5 comments:

  1. tulah, sapa kata yang semua lelaki jahat, kan ada yang baik tu..^^

    ReplyDelete
  2. hahaha...tak semua..ya..tak semua..

    ReplyDelete
  3. yup..tak sumer laki gitoo :)

    kawe ada baca gak blog mantot..dan kawe setuju ngan demo..olahan idea dan gaya penceritaan dia mantap gak ah..tp yang tak tahannya nampak ngat dia pervert..suka tgk porno..hahah.
    abang mantot jgn marah ya.

    entri tebaru: Beranak Sendiri arr

    ReplyDelete
  4. isk isk isk,
    serius shit aku terharu.
    terima kasih...terima kasih.

    aku mmg pervert.
    tapi skrg ni ok dah sket.

    ReplyDelete
  5. hahaha3..Akhirnya Brader mantot membaca blog aku..cam nak nanges...;'o.....
    Tme kasih mencemar duli!

    ReplyDelete