Pages

Ads- - -

Showing posts with label info sharing. Show all posts
Showing posts with label info sharing. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

Kanak-kanak pewaris bangsa, agama, negara

Sudah lama tak ketemu encik chenta.. apa khabar agaknya..bagaimana rupanya. semakin kuning kah giginya? semakin hitam kah kulitnya? semakin besarkah vontotnya? Wallahualam..
Encik chenta meminta aku memuat naik hasil kerja tangan ku untuk micro teaching malam esok. Aku tunaikan juga permintaanya. 
Dalam hati ini, telah timbul rasa cinta, pada satu bidang yang belum pernah dalam hayat aku untuk meneroka nya. dan Tuhan, telah membuka peluang itu dan menampakkan pada aku, early chidhood education sesuatu yang luas dan pelbagai cabang. Masih dalam pertimbangan untuk masuk ke senarai pengajian Doctorate nanti, InsyaAllah.

Kanak-kanak dilahirkan suci dan bersih. Kita yang mencorakkan mereka. Mereka belajar 85% dari pemerhatian. Kalau si Ibu menjerit menyuruh anak diam, beerti itu SALAH. Mahu anak diam, walhal si ibu menjerit. nampak bukan?
Itu baru muqaddimah..
Buat masa ini, aku hanya dapat memuat naik gambar 'Puppet Socks" yang telah dibuat sepanjang hari serta buku cerita Perayaan Tahun Baru Cina. Xinnian Kuaile :)


 Buku Cerita Tahun Baru Cina by Me...

 Baju Cheing sam yang cantik:)

 Xinnian Kuaile mesti ada limau mnadarin!

 Tarian singa..Dong2 Cheng..Dong2 Cheng!

 Ang paw!!! seronoknyaaa!!!

 Inilag Mei Ling yang cantik tu!!!



Sekian. Nukilan...Salam

Friday, April 8, 2011

meh r nak fight????

Kata-kata tu aku tunjukkan untuk diri aku yang semakin pudar dikala jam menunjukkan pukul 3.59  5.20 pagi. Aku masih bertarung untuk menghabiskan sisa-sisa sarjana, padahal dua orang kawan aku sudah lepas ke peringkat kedoktoran(Doctorate)…. Aku gagahkan jua….Esok final, presentation, exam, dan segala bagai yang menyesakkan kepala. Pinggang sudah sakit dan kaki mula merengkot. Mata terbuntang aku sengkang dengan kertas A4. Aku saja yang tak kuat….

Dari meja kecil dalam bilik besar: 5.20 pagi

Monday, March 14, 2011

e!


Aku dilahirkan mempunyai penyakit..
Penyakit Hyperhidrosis. Tapak tangan dan tapak kaki berpeluh. =) tak delah rasa sampai down gila sebab penyakit ni. Pada aku  itu satu keunikan dan kejaiban. Aku tak boleh hidup tanpanya walau terkadang ia menyusahkan..Aku sudah terbiasa. Kaki terendam didalam kasut dan hasilnya bau busuk amat di stoking yang dipakai tak sampai setengah hari.

Perlu Alaskan satu kertas time exam, sebab actual kertas exam akan comot dan selekeh akibat perpeluhan tangan ku..
Apabila sedang memandu, stereng kereta akan basah bak terkena air yang dicurahkan. Hasilnya, stereng kereta akan licin dan aku perlu memegang kemas stereng tersebut untuk memandu.
Apabila terkena aircond, kaki dan tangan ku akan sejuk dan sentiasa berair. Sejuk gila sampai nak pakai glove!!
SETIAP masa, SETIAP hari, ia akan berpeluh2 begini. Hanya berpeluh di tapak tangan dan tapak kaki. Badan, muka, memang tak berpeluh sebab itu kalau aku tak mandi 3 hari pun, baju aku maintain macam baru dicuci. Aku tak pakai minyak wangi pun tak apa, sebab bau badan tidak kuat.
Pesakit Hyperhidrosis boleh mendapatkan rawatan samada pil antikolinergik atau ubat sapu anti respirant. Nak lagi advance, boleh dapatkan rawatan pembedahan urat yang dipanggil pembedahan simpatektomi. Euw…mesti sakit tu….Maaf kan aku diriku. Aku penakut. Nak titis ubat mata pun aku tak berani, apatah lagi nak operation??
Biarlah aku begini…..

Thursday, November 25, 2010

Hari yang tenang

Assalamualaikum

Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya (ceh, mcmla ada pembaca :p) untuk makluman, sebentar tadi aku telah menalifon Pegawai hal Ehwal Islam dari Bahagian Penyelidikan JAKIM. Pegawai ini dihubungi bagi menjemput beliau ke Majlis Perhimpunan Bulanan yang akan diadakan di tempat ku bertugas. Perbualan kami berkisar tentang tajuk yang sesuai untuk disampaikan semasa majlis itu nanti. Beliau menyarankan aku agar membuka lama Jakim di bahagian e-fatwa. Setelah melakukan beberapa pembacaan, terasa diri begitu jahil kerana tidak ambil tahu hukum hakam dan isu berlaku. Pembaca boleh melihat lama sesawang tersebut disini http://www.e-fatwa.gov.my/...
Antara isu yang menjadi tarikan adalah hukum memakai inai ditangan, mengugurkan kandungan mangsa yang dirogol, hukum wanita menyerupai lelaki dan sebagainya...
Ingin aku kupas isu berkaitan Hukum mengugurkan kandungan mangsa yang dirogol. Melalui pengamatan ku, tidak dinyatakan secara terperinci pula sebab keputusan Jawatankuasa Muzakarah keastas isu tersebut. Aku diberitahu oleh ustaz yang menjajarku disekolah agama dahulu bahawa keturunan tersebut tidak suci untuk tujuh keturunannya. kasihan anak itu, akibat perbuatan ibu bapanya, dia menggendong nama 'anak luar nikah' sepanjang hayatnya. Malahan tujuh keturunannya. Tidak elok pula aku menyalahkan ibu nya. Mungkin sebab dia dirogol atau bagaimana...Bagi si ibu, kalau digugurkan pula, dia akan mendapat dosa besar. Malahan dia akan menjadi pembunuh kepada anak itu. Kalau diberikan hidup, anak itu akan malu.. Sakit juga kepala aku ini memikirnya....


Sekian, nukilan