Salam semua
2 minggu lepas aku berpeluang ke parlimen untuk mendengar perbahasan dan membuat report. Sebenarnya setiap kali perbahasan,2 orang pegawai (gred 41 keatas) daripada kementerian dikehendaki hadir. memandangkan ini kali yang pertama bagi aku, semua tampak janggal sekali. Tiada teman untuk mengajar itu dan ini. tepat jam 9 pemandu mebrhentikan aku di pintu masuk parlimen. aku tercengang2, lagak seperti ayam masuk kampung ;p melihat 2,3 org didepan ku, letak beg di scanner, aku tidak berbuat demikian. memandangkan waktu itu, aku membawa handbag yang agak besar, bukan sebuah beg laptop. tiba2 aku disapa, 'cik, sila letak beg cik di scanner'..erk..berpatah balik dan aku letakkan saja beg aku disitu. kemudian, tercangak lagi...aku mencari direction sprti yg dinyatakan reduan (pegawai kementerian yg bertugas di parlimen). akhirnya aku menemui bilik MOSTI. kedua hujung sekali berkongsi dgn Kem. sumber manusia..Masuk, duduk disitu dan diam. menyelak2 apa yang berada didepan mata. mujur ada seorg pegawai lagi, di bawah agensi kementerian dan org yg bersama-sama kedlm dewan negara bersama aku. lebih kurang jam 9.15, aku dan en. faizal pun masuk kedlm dewan tersebut. adat dan gaya seperti org jepun. sebelum duduk mesti berdiri tegak, dan tundukkan kepala. jika mahu keluar pun lakukan benda yang serupa...dengarla perbahasan tersebut.. pembangkang dan ahli kerajaan akan berbahas sesama sendiri. setiap menteri represent kawasan parlimen yang dipegang mereka.sambil itu, aku mencatat2 jawapan yang disediakan menteri kepada setiap persoalan yang diajukan. Antara isu untuk kementerian aku:
1)Isu tenaga nuklear. Apa nuklear plan yang dicanang tetapi tidak dijalankan?
2)Green technology
3)powerplan
4)Listkan Intelectual properties
5)listkan syarikat dibawah MSC
6)listkan produk yang boleh dipatenkan