Pages

Ads- - -

Sunday, October 24, 2010

Kerja oh kerja

Salam semua,
Terdetik di hati ingin mencoret sesuatu. Rasanya sudah hampir setahun 2 bulan aku bertugas di Kementerian ini. Perasaan ku bercampur baur. tipa kali kaki menapak ke sini, rasanya selalu berkeping. terjerat dengan perasaan dengan keadaan. sudah setahun aku berdiam, namun hati ini tidak enjoy, rasa gundah dan menyampah. kerna apa? keadaan disini terlalu rumit untuk diceritakan. gaji yang aku terima sangat berbaloi, sangat memuaskan. tetapi apa ertinya bila kita bekerja dengan rasa kecewa. demotiovated juga jadinya kan? tidak ada semangat untuk berjuang, malah untuk teruskan kehidupan. aku memikirkan juga bebanan hutang. kalau aku tidak bekerja disektor ini, siapa mahu bayar hutang kereta ku? 6 ratus setiap bulan, siapa hendak bayar kad kredit ku? mencecah 4 ribu penggunaan..wah2...siapa mahu bayar minyak kenderaan ku? siapa mahu belikan aku makan pakai dan baju? memikirkan graduan diluar ramai yang menanti untuk mengisi tempatku, aku gagahkan jua untuk terus duduk di kerusi ini..ramai lagi yang menganggur diluar sana, malah bisa jadi gila memikirkan hendak kerja apa..(sebab dulu pun aku hampir gila juga memikirkan akan kerja apa)Patutkah aku membuka perniagaan sendiri? buka payung dan jual makanan.. wah2, agak hebat juga ya idea ku ini...namun, bagaimana hendak aku laksanakan? Allah memberi masa 24 jam sehari, aku rasa, aku perlu manfaatkan masa tersebut dengan sebaiknya. akan aku fikirkan apa langkahku seterusnya.. aku perlu sandarkan pada kepercayaan diri, aku perlu berani, aku perlu berdiri ..aku perlu menjadi diri ku sendiri,,,aku tidak boleh hipokrit ditempat kerja...membiarkan orang menyiku kepalaku, membiarkan orang menindas aku, aku mesti keluar dari kepompong ini,,aku mesti bahagia dan banyak uang!!akan aku usahakn sendiri hingga aku berjaya!!yakin boleh..:)

No comments:

Post a Comment