Pages

Ads- - -

Thursday, December 16, 2010

Pengalaman interview lebih 37 kali..

Assalamualaikum

Aku rasa, sebelum ni sapa pernah ikut blog aku di frenster, mesti korang baca pengalaman yang aku dah listkn..
Tak apalah, aku kongsi lagi dengan harapan kamu2 semua dapat banyak informasi.


Interview sebagai Pendidik?
Ya..Banyak kali dah aku pegi PPD.apakah itu? PERSATUAN PENGGEMAR DAGING? oh bukan..(PEJABAT PELAJARAN DAERAH kawan2) Dlu mse mula2 grade, xada scroll pernah kena halau di PPD Pontian dan PPD Shah Alam. Waktu di PPD Shah Alam, dah beratur panjang, masa tu dia pooling ramai. Sampai turn aku, dia mintak scroll, aku ckp lagi 2 bulan nk grade, n then dia jerit kat semua orang "" Kan saya dah kata...Kalau tak ada scroll lagi, tak konvo lagi..JANGAN BUANG MASA AWAK BERATUR MINTAK KT SINI!!!!!!!' wallawei..semua pandang aku..:p thehehe...

Interview sbg pendidik lagi, kali ni dah grade, dah ade scroll. masuk bilik interview. Aku betta dengan dia pasal statistik penggunaan bahasa inggeris di JEPUN. isunya 'Wajarkah tindakan kerajaan/MOE menghapuskan Matematik dan Sains dalm BI" - sebenarnya disini, ko kena bertindak sebagai pro kerajaan. bukan anti. mksud aku, kena sokong apa saja moves kerajaan. Tp masa tu aku tak setuju sangat. Sebab BI ni akses kepada ilmu dunia global.. lagi kesian orang yang kat kampung..bagaimana diaorang nk hadapi cabarn itu utk masa akan datang? generasi aku? herm..pegawai tu bengang dengan aku. berikut perbualan kami;

Pegawai : awak rasa wajar atau tak MOE buat mcm itu?
aku: saya rasa inggeris adalah kunci untuk akses ilmu, apepun saya sokong tindakan MOE
pegawai: awk ckp macam itu, seolah2 awak kata inggeris itu penting
aku: memang penting en..sebab...BLA..BLA..BLA
pegawai: sape cakap?? Di JEPUN pun, 100% diaorang berbahasa JEPUN
aku: siapa cakap?? en, lihat tak statistik terbaru?? mengikut statistik yang dikeluarkan oleh --------(sumber boleh dipercayai, tapi aku x ingat dah), JEPUN mempunyai peratusan paling tinggi dalam kadar pembelajaran bahasa inggeris. maksunya, diaorang aware, dan semakin sedar
pegawai: (dia muka dah bengang)

Interview sebagai exec di CIMB?
oh! ia pengalaman ngeri, dan trauma nya terasa sampai ke tulang belikat hingga sekarang. sangat kerek itu orang-orang. sampai dia cakap begini " what are you trying to say hah???"

Interview sebagai cust. services di Hospital Serdang
Aku rasa siapa yang pernah kerja ini, mesti tahu gaji dia mahai, tapi syif dan cabaran nya kena sabar layan pelanggan"
oh, aku berjaya didalam interview ini! tapi aku tak pergi sebab tak minat. Tapi, aku terkantoikan yang kakak aku system analyst kt situ. sepatutnya tak payah cakap aku ni sedara@adik beradik @de apa2 pertalian pun. (kalau gomen, diaorang ni suka pakai sedara mara, kerabat babat, tapi kat sini tak pulak,,pelik ya?)

Interview sebagai Pembaca Berita/Pengacara
Bukankah aku sudah bagitahu kamu2 semua, minat terhadap broadcasting semakin menjadi2 sejak aku menjadi emcee majlis2 gala kementerian. Alkisah, aku pergi ke stesen ini. Pakaian mesti gempak. Muka kena touch up..:p Buat sehabis boleh walau bukan bground broadcast. Aku kena mengacara bual bicara yang aku cipta jam itu juga bila panel mahu lihat kebolehan aku. aku kena berbicara dalam BI..kena membaca berita. dan..dan..ada lampu casting masa interview tu siap dengan mic yang pasang kt dalam baju and sangkut kat vontot..
(tapi aku tak berjaya lagi)

**banyak pengalaman lagi..banyak aku berjaya juga., tapi terkadang bila dah diterima aku tak mahu pula..paling lama aku berkhidmat di MOCCIH.
hampir 1tahun setengah.. banyak yang pahit dari yang manis

Monday, December 13, 2010

Temuduga lagi???

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini aku menerima satu lagi panggilan temuduga. Sebelum itu, aku telah ke FMM (Federations Malaysian Manufacturers) atau pun Persekutuan Pekilan-Pekilang Malaysia yang mana Organisasi ini salah satu organisasi yang sangat outstanding di Malaysia menawarkan pelbagai kemudahan untuk mana-mana manufacturers di Malaysia. Jawatan yang aku pohon adalah Executive Trade Fair, Conference and Events. Antara skop kerja adalah pergi ke luar negara, mengendalikan majlis, karnival, persidangan dan sebagainya. Temuduga hari Jumaat (10 Disember 2010), tetapi gementarnya sudah aku rasai seawal 6 hb lagi..yaa…pada hari Isnin.. Aku sibuk membuat sedikit kajian (sehingga tidur lewat jam dua (2) pagi). Mencari maklumat tentang apa itu CPI (Customer Price Index), FDI (Foreign Direct Investment), Inflation dan segala macam hal berkaitan ekonomi. Memandangkan organisasi tersebut sangat mempunyai nama (hebat dimataku sebab mempunyai bangunan yang besar, nama yang canggih, pekerja yang berbahasa Inggeris keseluruhannya dari pengawal sehingga receptionist, ) maka ia mempengaruhi mindaku..Tidak mengapa, aku lakukan jua kajian demi kajian untuk buat yang terbaik semasa temuduga. Pada hari yang dijanjikan, aku pun melangkah ke organisasi berkenaan dengan mengenakan baju kemeja coklat, tudung coklat, dan seluar slack mahal (khas untuk temuduga pembaca berita yang pernah aku beli dahulu). Aku dijemput duduk di dalam sebuah bilik perbincangan dengan diberikan sebuah kertas. Mataku tertancap..Oh! apakah ini??? Esei? Dinyatakan disitu : FMM, please state current issues, proper title, recommendation, and conclusion.. aduhai…saat itu pening juga kepala aku. Setelah seberapa seketika, aku memutuskan menulis tentang “ Feed In Tariff Scheme in Malaysia (FIT)”- tentang renewable energy di Malaysia, tetapi aku perincikan pada bajet kerajaan. Hahaha…sangat susah rasanya. Dengan tatabahasa yang terbalik, dengan isu yang aku tidak ketahui berapa dalam. Sebelah aku, kelihatan seorang perempuan dengan gaya yang amat konfiden sekali, dan seorang mamat cina. Kami tidak berbual, hanya sibuk melengkapkan borang dan menjawab esei. Akhirnya, satu persatu keluar dipanggil dan tinggal aku berdua dengan seorang mamat cina (Nicholas namanya). Setelah aku selidiki, dia lulusan luar negara (daripada Australia bidang Perakaunan)..
Tidak lama kemudian, namaku dipanggil .waktu itu hampir jam 6.30 petang. Aku lah orang paling terkemudian akibat sesat di Bandar Damansara selama hamper satu jam setengah..
Berdebar perasaan ku..Ada tiga (3) orang panel, semuanya berbangsa cina. Seperti biasa, aku diminta untuk memperkenalkan diri. Kemudian mereka menyoalku bertalu-talu dan meminta aku memperincikan skop tugas di MOCCI. Kemudian, mereka memberi aku satu situasi dan bagaimana aku menangani keadaan tersebut. Mujur aku pernah menjadi pengacara majlis untuk Majlis Menteri sebanyak beberapa kali. Nampak gayanya, mereka sangat sukakan aku (perasaan disitu ) . Kemudian pelbagai lagi situasi. Yang mana dengan konfiden sekali aku dapat menjawabnya dengan bahasa Inggeris yang terbalik pukang. Kemudian mereka juga menjangkakan aku pandai untuk ‘Ber Public Speaking”. Mesti lah aku bangga, kerana guru Bahasa Inggeris di tempat kerja aku memberi markah 9/10 dimana tidak semasa itu, hanya aku saja mendapat markah tersebut. Sehinga kini terngiang “ Shes born with talent”..(aku tidak obsess dengan diriku ya… ) Allah telah mempermudahkan urusan aku dari sukar menjadi mudah. Terima Kasih Ya Allah.

Hatiku tersentuh

Assalamualaikum semua.
Kenapa tiba-tiba ahtti ini tersentuh..Aku sebenarnya sedikit terharu membaca nukilan brader tersebut di laman sesawang beliau. Ya, aku akui,,aku wanita yang impikan kasih sayang seorang suami yang begitu. Mugkin perjalanan hidupku panjang lagi. Haruslah menghabiskan MA ini dahulu kemudian mengejar cita-cita sebagai pengacara versatile. Berikut aku copy kan nukilan beliau.
Untuk lebih jelas, boleh melihat hasil penulisan beliau disini

February 25, 2010

Falsafah Cinta 18SX - "Sayang,Abang Ingin Membeli Lingerie Untukmu.."

Ada member aku tanya aku...."apa benda paling best lepas kau kahwin?"Secara naluri semulajadinya,aku sebagai seorang lelaki akan kata :

1. "Aku bukan teruna lagi!"
2. Ada teman
3. Boleh pegang tangan jalan2
4. Tidak takut untuk berdua-duaan di tempat-tempat gelap
5. Boleh keluar masuk hotel tanpa perlu rasa bimbang

...dan macam-macam lagi benda yang best (untuk orang baru kahwin ni kebanyakannya melibatkan nafsu lah kan,hehehe)

Tapi...
Semua benda tu tak se-best satu benda yang baru sekarang aku praktikkan.Ia tidak melibatkan penanggalan baju,ia tidak melibatkan tidur bersama,ia langsung tidak melibatkan nafsu serakah yang dahaga.

Apa yang paling best pada aku lepas aku kahwin?........Salam tangan isteri dan cium kepala dia lepas solat jemaah dengan dia.

SERIUS SHIT itu adalah satu moment yang aku rasa SANGAT SANGAT SANGAT BAHAGIA.Aku tak tau la korang rasa benda yang sama ke tak.Moment tu mampu membuatkan aku yang "tak berapa rajin solat" BERSEMANGAT nak solat.Waktu tu,perasaan marah dekat kerajaan,hangin dengan majikan,bengang dengan sesiapa pun hilang.Seolah-olah ditarik masuk ke dalam satu ruangan yang sangat mendamaikan hati dan jiwa.Aku mula paham apsal member2 aku yang dah kawin suruh aku kawin.

Dan aku berharap jangan lah pulak selepas ni wujud trend "Boyfren mengimami Gelfren" semata-mata nak mencuba dan merasai apa yang aku bagitau ni.Berzina tu memang la best kan...tapi hati tak tenteram buat apa?KAHWIN BANG!Setakat memuaskan nafsu tapi tak rasa kasih sayang,takde point dalam kehidupan.

Selama ni aku hanya fikir nikmat kahwin tu akan datang bila kita tak berpakaian dan kepenatan.
Aku tak pernah sangka kebahagiaan tu lebih hebat datang bila isteri aku bertelekung.