Pages

Ads- - -

Monday, December 13, 2010

Temuduga lagi???

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini aku menerima satu lagi panggilan temuduga. Sebelum itu, aku telah ke FMM (Federations Malaysian Manufacturers) atau pun Persekutuan Pekilan-Pekilang Malaysia yang mana Organisasi ini salah satu organisasi yang sangat outstanding di Malaysia menawarkan pelbagai kemudahan untuk mana-mana manufacturers di Malaysia. Jawatan yang aku pohon adalah Executive Trade Fair, Conference and Events. Antara skop kerja adalah pergi ke luar negara, mengendalikan majlis, karnival, persidangan dan sebagainya. Temuduga hari Jumaat (10 Disember 2010), tetapi gementarnya sudah aku rasai seawal 6 hb lagi..yaa…pada hari Isnin.. Aku sibuk membuat sedikit kajian (sehingga tidur lewat jam dua (2) pagi). Mencari maklumat tentang apa itu CPI (Customer Price Index), FDI (Foreign Direct Investment), Inflation dan segala macam hal berkaitan ekonomi. Memandangkan organisasi tersebut sangat mempunyai nama (hebat dimataku sebab mempunyai bangunan yang besar, nama yang canggih, pekerja yang berbahasa Inggeris keseluruhannya dari pengawal sehingga receptionist, ) maka ia mempengaruhi mindaku..Tidak mengapa, aku lakukan jua kajian demi kajian untuk buat yang terbaik semasa temuduga. Pada hari yang dijanjikan, aku pun melangkah ke organisasi berkenaan dengan mengenakan baju kemeja coklat, tudung coklat, dan seluar slack mahal (khas untuk temuduga pembaca berita yang pernah aku beli dahulu). Aku dijemput duduk di dalam sebuah bilik perbincangan dengan diberikan sebuah kertas. Mataku tertancap..Oh! apakah ini??? Esei? Dinyatakan disitu : FMM, please state current issues, proper title, recommendation, and conclusion.. aduhai…saat itu pening juga kepala aku. Setelah seberapa seketika, aku memutuskan menulis tentang “ Feed In Tariff Scheme in Malaysia (FIT)”- tentang renewable energy di Malaysia, tetapi aku perincikan pada bajet kerajaan. Hahaha…sangat susah rasanya. Dengan tatabahasa yang terbalik, dengan isu yang aku tidak ketahui berapa dalam. Sebelah aku, kelihatan seorang perempuan dengan gaya yang amat konfiden sekali, dan seorang mamat cina. Kami tidak berbual, hanya sibuk melengkapkan borang dan menjawab esei. Akhirnya, satu persatu keluar dipanggil dan tinggal aku berdua dengan seorang mamat cina (Nicholas namanya). Setelah aku selidiki, dia lulusan luar negara (daripada Australia bidang Perakaunan)..
Tidak lama kemudian, namaku dipanggil .waktu itu hampir jam 6.30 petang. Aku lah orang paling terkemudian akibat sesat di Bandar Damansara selama hamper satu jam setengah..
Berdebar perasaan ku..Ada tiga (3) orang panel, semuanya berbangsa cina. Seperti biasa, aku diminta untuk memperkenalkan diri. Kemudian mereka menyoalku bertalu-talu dan meminta aku memperincikan skop tugas di MOCCI. Kemudian, mereka memberi aku satu situasi dan bagaimana aku menangani keadaan tersebut. Mujur aku pernah menjadi pengacara majlis untuk Majlis Menteri sebanyak beberapa kali. Nampak gayanya, mereka sangat sukakan aku (perasaan disitu ) . Kemudian pelbagai lagi situasi. Yang mana dengan konfiden sekali aku dapat menjawabnya dengan bahasa Inggeris yang terbalik pukang. Kemudian mereka juga menjangkakan aku pandai untuk ‘Ber Public Speaking”. Mesti lah aku bangga, kerana guru Bahasa Inggeris di tempat kerja aku memberi markah 9/10 dimana tidak semasa itu, hanya aku saja mendapat markah tersebut. Sehinga kini terngiang “ Shes born with talent”..(aku tidak obsess dengan diriku ya… ) Allah telah mempermudahkan urusan aku dari sukar menjadi mudah. Terima Kasih Ya Allah.

No comments:

Post a Comment