Pages

Ads- - -

Thursday, February 24, 2011

Sayangi sampai akhirat...InsyaAllah


Assalamualaikum. 
Bercerita tentang insan paling hebat dalam hidup..Insan yang kalau hidup tanpanya boleh jadi gila, boleh jadi merana. Restu hidupnya paling penting….

Abah..
Orang yang garang,.selalu kena bantai waktu kecil-kecil dahulu. Tapi aku percaya itu semua demi kebaikan kami adik beradik..Dia seorang yang aku sangat hormati dan aku rasa jarang ada orang macam abah kat dunia ini. Beberapa fakta tentang abah :
1-   Tak pernah makan kat kedai. Dia suka masakan mak saya okeyh?! Sampai masa kecil-kecil dahulu, rasa macam bengang campur sedih campur terkilan.. kenapa mak abah saya tak pernah makan kat kedai. KFC? M’CD? Wah! Sangat jakun!!!
2-   Tak pernah kentut. Maksud aku, kami adik beradik tak pernah dengar dia kentut ataupun bahasa lainnya mengeluarkan gas beracun! Giler hebat tatasusila dia. Sampaikan jadi agen penyiasat abah kentut kat mana?
3-   Tak pernah dengar dia sendawa. Homangaihh..Kalau nak dibandingkan dengan mak aku yang sendawa kuat macam serombong kapal tu? (actually kami adik beradik ni ada penyakit sendawa angin. Tak makan ke, makan ke…angin memanjang
4-   Tak bagi buang barang. Buang benda rosak ke, bakar buku2 dah tak pakai ke, bakar atau buang baju-baju lama ke..Oh! dia tak bagi! Sanggup marah yang lama!
5-   Tak suka pinjam barang. Semua dia nak pakai, mahal atau murah, dia akan beli sendiri. Contohnya mesin pemotong kayu yang besar tu. Biasa aku tengok kontraktor-kontraktor je pakai, tapi abah aku tak..Lagi? Seterika macam kat kedai dobi tu, yang ada serombong tu…banyak lagilah! Macam setor dah rumah kat kampung tu!
6-   Sangat menepati masa! Kalau dia janji dengan orang pukul 7, dia akan pastikan paling lewat dia akan sampai tempat tu 5 minit sebelum. Apabila jam dia berdetik ke 7.01 minit, dia akan terus pergi dan tak menoleh lagi. (Sebenarnya dulu aku selalu kena tinggal masa nak pergi sekolah:p sebab aku lambat bangun) ha..ha..ha..memang tak berdisplin ketat gua ni!!
7-   Lepas makan basuh pinggan. Tak pernah lepas makan tinggalkan pinggan dia. Dia akan terus bawak ke singki dan cuci. Tak pernah orang cucikan!!
8-   Tak pernah makan daging ayam dekat mana-mana pun kecuali yang dia sembelih sendiri.  Kalau pergi kenduri ke, atau majlis yang disogokkan dengan daging ayam, dia akan cari alternatif lain. Abah aku ada sijil penyembelihan tau, dan dia tak suka ada unsure-unsur syubahat dalam makanan. Sayangnya, anak-anak dia main bantai aje. Tomy Rhomas la, KFC lah..dan segala bagai yang tak sihat.
Banyak lagi aku nak cerita pasal abah aku..Tapi lebih baik aku cerita pasal emak aku pulak..
1-   Seorang yang tak boleh duduk diam. Dia sangat aktif walaupun dah berusia 67 tahun. Serius, rakan seusia dia semua badan gemuk2 dan besar. Tapi mak aku kurus sebab dia banyak bergerak. Kerjaya dia banyak, Pekebun (tolong abah aku angkat kelapa sawit), Guru AlQuran dan Ketua Yasin Wanita serta Bendahari Masjid.
2-   Mak aku seorang yang sempoi. Kalau pergi mana-mana ada aje dia buat gaya yang comel! Contohnya pakai kain sebelah tinggi sebelah rendah sampai Nampak seluar panjang dia, tudung senget, Serkup terkeluar dari tudung, dan baju tak bergosok. Oh! Apa itu erti gosok baju? Orang tua seperti dia sudah tak kisah dunia. Pada Dia, cantik Allah yang memandang di Akhirat..InsyaAllah.
3-   Nampak lembut, tapi dia tegas. Kalau dia ckp “A” maka “A” lah mesti jadi. Dia pernah jadi pembahas terbaik masa dia beranak tiga. Ada sekumpulan cikgu cikgi masuk pertandingan bahas. Team tu ajak mak aku join sekali. Anak-anak mak aku which actually abang-abang aku, dipegang oleh makcik aku. Ini cerita makcik aku yang bukak, sampai bila aku Tanya mak, dia cakap dengan selamba..”Kebetulan je tu”
4-   Pandai jahit baju fashion-fashion. Masa kecil2, baju kurung, gown, semua dia yang reka dan jahitkan. Sampai besar ni pun, dialah jahitkan baju anak-anak. Sian mak, sebab tak ada siapa mewarisi bakat dia..=(
5-   Seorang yang tak sampai hati. Ingat lagi masa pergi MAHA, ada orang promote sikit, dia terus beli. Dia cakap tak sampai hati. PAdahal mahal you ubat tu! Lepas tu dekat surau mana entah, ada orang dating promote minyak, dia terus beli dengan harga RM12, padahal dah tertulis minyak tu harga RM10 kat botol. Emak aku rabun dekat, jadi dia tak Nampak. Bila kakak aku sampai je tempat itu, si penjual minyak angin tadi terus aje cepat-cepat pergi. Apalagi, hangin si kakak aku ni. Ha3
6-   Ada seorang aje dalam keluarga mewarisi kemancungan hidung dia. Kakak aku nombor dua..
7-   Berfikiran simple. Dia tak suka nak gelisahkan sesuatu atau berfikir negative pada orang lain. Kalau ada orang buat hal dengan dia, walaupun orang itu yang salah, mak aku terus cepat2 minta maaf. Pada dia, biar apa-apa segi kita mengalah. Adakala tak rugi pun.
Penat cerita pasal dua orang tercinta ni. Dua orang ni, tak dapat peluang untuk belajar tinggi2 sebab orang dulu memang tak nampak prospek belajar tu untuk apa. Mak aku selalu dapat lompat kelas masa sekolah. Kedudukan dia top three. Ini pun, pakcik aku yang bagitahu kami adik beradik. Abah aku pulak, pun sama. Dial ah anak sulung dalam keluarga. Dia dari umur lapan tahun dah bangun pagi-pagi untuk sara semua orang termasuk ayah dia, kakak dan adik2 dia. Sebab arwah atuk aku, orangnya sedikit jahil. Arwah atuk aku, anak bongsu, dia tak biasa buat kerja jadi dikerahnya anak-anak dia yang buat kerja. Abah aku tak pernah berdendam dan in return? Semua adik beradik dia sayang sangat dekat dia. Kalau dengar abah nak datang rumah diaorang, cepat2 diaorang masakkan lauk kegemaran. Layanan macam Raja kau… Kalau abah aku ada peluang belajar tinggi, aku pasti sekarang ni dia professor kat Universiti mana entah. Takpun arkitek yang Berjaya. Emak aku pulak, kalau dapat peluang belajar tu, entah Doktor mana dia jadi….Alhamdulillah, bila rezeki tu tak diberi pada mak dan abah aku, diberi pulak pada anak-anak dia. Adik beradik aku ada yang Senior Manager, gaji 30 K je kot, belajar kt UK, Ada ambil PHD, ada doctor, ada system Analyst, ada Biochemist, dan macam-macam la backgroundya. Dah tak susah macam dulu.
:::Kesimpulannya, hargai nilai hidup ini. Kejarlah sesuatu yang mustahil kerana ia akan jadi tidak mustahil apabila kita percaya:::


Enhanced by Zemanta

No comments:

Post a Comment