Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan berita Tanah Runtuh yang berlaku di Rumah Anak Yatim, Batu 14, Hulu Langat Kajang. Seramai 37 orang terkorban...Anak-anak yang dikasihi Allah ini, pergi menghadap illahi tanpa keluarga disisi. Tiada tangisan bagi mereka, tiada raungan orang tersayang..kerana mereka, tidak beribu, tidak berbapa....Allahuakbar...
Waktu2 begini, mulalah kejadian salah menyalah antara satu sama lain. Terus, terang....jadilah intelek yang relevan. Memang lumrahnya, bila dah berlaku, mesti ada satu pihak yang harus memikul tanggungjawab itu. Katakan di Media, rumah anak yatim tersebut tidak didaftar di bawah JKM. Rumah anak yatim tersebut melakukan aktiviti lain selain tempat penjagaan. (Pusat tahfiz, pusat motivasi)...
Aku kagum, dengan inisiatif pengusahanya...dia mampu untuk menjaga seramai hampir 50 orang anak yatim tanpa bantuan kerajaan. Itu sumbangan seseorang yang merasa tanggungjawabnya besar untuk membantu..Bukan seperti sesetengah Dato Datin, yang menghulur sumbangan dengan memanggil semua media membuat liputan beserta replika cheque yang maha besar..
Alfatihah untuk anak yatim terbabit...Kau sungguh suci, sungguh murni, maka Allah memanggilmu pergi...dengan jalan yang paling perit, tetapi Syahid. Kau insan terpilih untuk kami didunia muhasabah dan iktibar dari peristiwa kamu menghadap Illahi.
No comments:
Post a Comment