Thursday, April 28, 2011
Dunia yang menyesakkan otak
Pagi yang letih akibat pulang kerja jam 11.00 malam tadi..datang ke ofis dengan rasa mahu tidur tapi cuba buat2 gagah walau hakikatnya tidak. Kemudian dapat satu panggilan payment untuk kereta pending bulan ini. WTF??????????????? huh..cukup penat otak aku sekarang. membuat semakan dan kiraan. Tak boleh berfikir pantas dan mencapai kalkulator. Orang lain tukar kerja atas alasan diberi ganjaran gaji lagi tinggi. Aku tukar kerja, konon mahu cari pengalaman.. Wah bila orang dengar namanya...."tempat orang pandai"..tapi aku tersilap percaturan...dengan gaji sebegitu yang ditawarkan, aku hilang RM500. Bermakna ditempat lama, aku boleh meraih RM500 itu..entah bodoh atau apa.....
Monday, April 25, 2011
Padam....jua
Ibaratkan..dalam keluargaku,
ada 10 batang mancis..yang belum pernah membakar habis dirinya..belum pernah lagi satu2 menyala dan padam..walau aku tau, masanya pasti akan tiba. Tak dapat aku bayangkan..
Dalam batang mancis juga, kotaknya, dan yang jaga isinya,,masih utuh. Dia, ibu abahku.
Kelmarin,Kawan..bercuti seminggu..
Atuk dia meninggal dunia.. Inalillah, kembali kepangkuan Illahi dengan selamat. Mudah-mudahan diberkati, diredhai. Lanjut peristiwa itu, aku terkenang abah aku. Usia abah sama dengan usia atuk kawan aku.
Aku tak tahu, samada abah atau aku yang pergi dulu..
kalau aku yang pergi dulu, abah boleh bacakan doa, talkin kan aku...tapi aku tak dapat la nak jaga abah..Kalau abah pergi dulu, aku tak dapat bayangkan macamana. Aku ada dosa besar gilaa..aku nak confess dengan abah..biar dekat akhirat nanti, abah tak menangis tengok aku, anak dara dia yang terbejat dengan dosa yang hina.
Abah haritu cakap dengan aku..dengan anak-anak lain juga..Katanya, dia dah tak fikir dunia. Usia dia sekarang hanya pinjaman. Bila2 masa dia akan pergi..
sayu dan mencalar hati aku..sebab aku tak sedia nak tengok abah hilang depan mata..aku belum dapat berbakti lagi..aku banyak makan beras abah, walhal abah tak rasa lagi beras yang aku beli berguni2. Dulu masa mula-mula kerja aja aku hulur RM400 dekat abah ngan emak. Sekarang, 3 bulan aku tak hulur lagi. Aku rasa aku anak yang teruk.
Lagi,
Abah tak boleh pergi dulu..abah kena jadi wali masa aku kahwin...walau aku tak rasa munasabah untuk kahwin sekarang, 2 tahun lagi, atau 3 tahun dan 4 tahun kendian. Aku nak nikah depan abah dan mak. Cukup! tak perlu sanding pun tak apa...
Lagi,
aku tak nak abah dan mak pergi dulu..Aku tak pasti boleh konsisten atau tak pergi kubur abah dan mak. Macam arwah atuk dulu. Aku hanya bertahan untuk ziarah selama 3 bulan aja. Sebab aku menyesal, aku pentingkan kawad kebangsaan dari pergi ke hari pengkebumian..
Aku tak sanggup lagi nak hilang abah dan emak..
Kalau aku pandang abah, mesti mata dia berkaca. Dia senyum dan kata, nafas dan nadinya hanya pinjaman. Pun begitu, dia masih bekerja. Tidak duduk diam2 menunggu mati..
Aku yang tidak tabah...camana kalau aku hilang abah, siapa yang dapat faham hati aku yang dah bersedia melangsung tapi disekat-sekat.
Aduhai..maghrib skrg..padanlah emosi. Tapi aku cuti sekarang..
Friday, April 8, 2011
meh r nak fight????
Dari meja kecil dalam bilik besar: 5.20 pagi
Thursday, April 7, 2011
Macam2
Malaysia negara yang tak selamat..Seriously:
Politik kotor, Buang duit merata2 untuk projek tah hapa2, nak siasat je,,terus jatuh bangunan?
Latest:
1) kematian Allahyarham Ahmad Sarbini- Pen. Pengarah Kastam..Mati terjatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM....TERJATUH???MOFOCK!!!! sama macam Teoh Beng Hock kan...begitu berisikonya nak tegakkan kebenaran...Allahyarham antara 62 yang ditahan bagi operasi siasatan 3B ..(Kehilangan 3 Billion dalam cukai di Malaysia)...sama2 kita fikirkan...
2) Buang duit merata2..Dulu aku keja dengan gomen, JUSA---org yang ada title Dato2 kat depan...sangat lah suka membazir duit kerajaan a.k.a duit rakyat. Example: Bilik baru renovate tahun lepas bulan September, pastu Januari tahun ni pulak, nak renovate lagi. Alasan nak sama dengan kemajuan sains, teknologi dan digital. Banganga!!! Pastu, kroni menteri, spend 800K untuk perbelanjaan balik kampung , untuk sewa kereta sahaja..Aku masuk meeting Bajet, so aku tau..
3)Kisah skandal seks yang tak abis2..porn video..Bodoh punya politik! Takde cara lain ke nk jatuhkan org lain..Tak semua org Malaysia ni Ba wau dal wau ha!
Sial gileeeee....***nk apply visa cpt2, blah dari negara ni...ceh2
Politik kotor, Buang duit merata2 untuk projek tah hapa2, nak siasat je,,terus jatuh bangunan?
Latest:
1) kematian Allahyarham Ahmad Sarbini- Pen. Pengarah Kastam..Mati terjatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM....TERJATUH???MOFOCK!!!! sama macam Teoh Beng Hock kan...begitu berisikonya nak tegakkan kebenaran...Allahyarham antara 62 yang ditahan bagi operasi siasatan 3B ..(Kehilangan 3 Billion dalam cukai di Malaysia)...sama2 kita fikirkan...
2) Buang duit merata2..Dulu aku keja dengan gomen, JUSA---org yang ada title Dato2 kat depan...sangat lah suka membazir duit kerajaan a.k.a duit rakyat. Example: Bilik baru renovate tahun lepas bulan September, pastu Januari tahun ni pulak, nak renovate lagi. Alasan nak sama dengan kemajuan sains, teknologi dan digital. Banganga!!! Pastu, kroni menteri, spend 800K untuk perbelanjaan balik kampung , untuk sewa kereta sahaja..Aku masuk meeting Bajet, so aku tau..
3)Kisah skandal seks yang tak abis2..porn video..Bodoh punya politik! Takde cara lain ke nk jatuhkan org lain..Tak semua org Malaysia ni Ba wau dal wau ha!
Sial gileeeee....***nk apply visa cpt2, blah dari negara ni...ceh2
Wednesday, March 30, 2011
Bersara la cepat!!
(Credited: GOOGLE)
Selalu kalau aku pergi kerja, balik kerja mesti ada aje challenger. Ha3....Budak sekolah ke? mamat2 nak pergi kerja ke?Minah rempit slow ke? semua golongan ada. Tapi yang paling tak boleh blah, kalau orang tua pun nak join sekaki padahal tengah bawak bini. Aduhai pakcikkkk...........sayang la bini kau tu..aku bagi ko menang ah! jangan risau..Ko tak rasa ke cengkaman dipinggang semakin kuat?? makin kau layah-layahkan motor tu ke kiri dan kekanan...Aku mencilok, kau nak cilok. aku mengepeng, kau pun nak jugak. Aku bawak beriaya macam srambler, ko lagi beriya mcm superbike..Kau tak reti nak bersara ke pakcik?? kau tak sayang bini kau ke??Aku pulak yang sayang bini kau, sebab tu aku bagi kau chance menang...ambiklah...ambik!!
Friday, March 25, 2011
tak sama, tapi serupa
Setiap orang dilahirkan dengan sifat yang beza..insani, dedikasi ini buat kamu jika matamu memandang entri ini, bacakan hingga terjumpa titik dihujungnya--
kau kutu kayu, aku kutu kepala (= ='')
Aku selipar jepun, kau kasut wedges (T *")
Aku pembaris pendek, kau pembaris panjang (T t")
Kau ayam, aku pulak ikan (x t")
Sentimental dipetang hari untuk perjuangan lapan tahun kita....Sekian (^^,) wiehuuuu.....
Wednesday, March 23, 2011
Celik mata, Buta hati
Semalam lepas balik kerja, lepas magrib (berapa banyak lepass daaa..) aku dengan sang kawan pergi pasar malam kat area sri kembangan ni. Orang Johor biasa panggil Pasar Lambak. Saja jalan-jalan cari makanan. Niat nak beli jagung bakar. Lepastu kawan aku singgah tengok2 tudung kat satu kedai ni. Aku pulak tak berapa nak berkenan tengok tudung, tapi mata aku dok perhati seorang budak lelaki dengan gigihnya susun2 tudung.
Aku: Wah! Rajinnya..=) adik tak penat ke? Esok sekolah tak?
Adik Kecil: Tak..dah biasa. Esok memang tak sekolah..Lagipun kite ada interview mak angkat..
Aku: Oh! Cuti sekolah eh?
Adik Kecil: Taklah…kita memang tak sekolah pun..
(Erk…Aku dah sentap dah kat situ. Interview mak angkat?? Apa pulak tu?)
Aku: Adik umur berapa?
Adik Kecil: Umur 10 tahun.
Aku: Abis tu siapa? (sambil tunjuk kat perempuan yang aku sangka emak)
Adik Kecil: itu mak angkat. Kita anak angkat
Aku: Abis, adik memang tak pernah sekolah ke?pastu interview mak angkat tu apa?
Adik Kecil: pernah..masa kecil2 dulu. Sekolah tadika.. Interview mak angkat tu, kite pun tak tahu..
Aku: Adik cita-cita nak jadi apa esok besar?
Adik kecil: entahlah…angkat2 bahu
(Tiba2 aku terperasan mak angkat budak tu dok perhati dan utk dengar perbualan kami. Masa aku borak2 tu, aku cakap slow2 sebab aku tak nak mak angkat dia tahu.)
Aku terus diam..dan pura2 tengok member aku belek tudung. Aku nak usha lagi budak tu, tapi sejak mak dia pandang2, dia terus diam tak berani nak cakap. Perasaan aku bercampur baur. Sedih! Kecewa! Semua menakul dalam jiwa aku. Tahun 2011 beb! Ada lagi kanak-kanak yang tak disekolahkan. Aku pergi perkampungan orang asli dulupun, masyarakat kat sana dah celik pendidikan. Dah cuba sekolahkan anak-anak! Walaupun itu mak angkat dia, tapi budak tu berhak dapat pendidikan!semua orang kena tahu, Hak kanak2!!:
1- dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;
2- Untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;
3- Untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai;
4- Untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat;
5- Untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri;
6- Untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;
7- Untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya;
8- Untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan;
9- Untuk berupaya mengekspresi pandangan sendiri
Aku masih terngiang2 peristiwa tadi. Pasal interview mak angkat tu, aku agak, budak tu nak dioserahkan pada mak angkat yang baru. Aku harap dapat jumpa budak tu lagi minggu depan..Something has to be done! Apa tindakan wajar akan aku lakukan? Apa tindakan kamu rakyat Malaysia??
Sunday, March 20, 2011
Sabarlah wahai hati
Dalam usia hampir menjengah ke 30 tahun,
Kawan2 seusia, semua telah selamat dalam misi bekeluarga dan berzuriat. Aku? Aku tidak boleh kawen..bukan dengan kehendakku..namun begini takdirNYA.
Bohong kalau aku katakan, percintaan segini lama tidak dipuputi niat membina masjid..
Namun, aku hanya mampu turutkan perjalanan yang sudah tersedia dirancang dengan ketentuan. Sewaktu browse di internet, atau berjalan ke kedai pengantin, mata sentiasa tertancap pada busana raja sehari. Namun, kutangiskan pada mimpi yang mungkin berkesampaian suatu hari nanti. Entah bila..2015?2016?2017? barangkali..Tuhan, rezekikan cintaku....bantulah aku...
Subscribe to:
Posts (Atom)




