Pages

Ads- - -

Wednesday, March 23, 2011

Celik mata, Buta hati


Semalam lepas balik kerja, lepas magrib (berapa banyak lepass daaa..) aku dengan sang kawan pergi pasar malam kat area sri kembangan ni. Orang Johor biasa panggil Pasar Lambak. Saja jalan-jalan cari makanan. Niat nak beli jagung bakar. Lepastu kawan aku singgah tengok2 tudung kat satu kedai ni. Aku pulak tak berapa nak berkenan tengok tudung, tapi mata aku dok perhati seorang budak lelaki dengan gigihnya susun2 tudung.
Aku: Wah! Rajinnya..=) adik tak penat ke? Esok sekolah tak?
Adik Kecil: Tak..dah biasa. Esok memang tak sekolah..Lagipun kite ada interview mak angkat..
Aku: Oh! Cuti sekolah eh?
Adik Kecil: Taklah…kita memang tak sekolah pun..
(Erk…Aku dah sentap dah kat situ. Interview mak angkat?? Apa pulak tu?)
Aku: Adik umur berapa?
Adik Kecil: Umur 10 tahun.
Aku: Abis tu siapa? (sambil tunjuk kat perempuan yang aku sangka emak)
Adik Kecil: itu mak angkat. Kita anak angkat
Aku: Abis, adik memang tak pernah sekolah ke?pastu interview mak angkat tu apa?
Adik Kecil: pernah..masa kecil2 dulu. Sekolah tadika.. Interview mak angkat tu, kite pun tak tahu..
Aku: Adik cita-cita nak jadi apa esok besar?
Adik kecil: entahlah…angkat2 bahu
(Tiba2 aku terperasan mak angkat budak tu dok perhati dan utk dengar perbualan kami. Masa aku borak2 tu, aku cakap slow2 sebab aku tak nak mak angkat dia tahu.)

Aku terus diam..dan pura2 tengok member aku belek tudung. Aku nak usha lagi budak tu, tapi sejak mak dia pandang2, dia terus diam tak berani nak cakap. Perasaan aku bercampur baur. Sedih! Kecewa! Semua menakul dalam jiwa aku. Tahun 2011 beb! Ada lagi kanak-kanak yang tak disekolahkan. Aku pergi perkampungan orang asli dulupun, masyarakat kat sana dah celik pendidikan. Dah cuba sekolahkan anak-anak! Walaupun itu mak angkat dia, tapi budak tu berhak dapat pendidikan!semua orang kena tahu, Hak kanak2!!:
1-      dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;
2-      Untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;
3-      Untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai;
4-      Untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat;
5-      Untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri;
6-      Untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;
7-       Untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya;
8-      Untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan;
9-      Untuk berupaya mengekspresi pandangan sendiri
Aku masih terngiang2 peristiwa tadi. Pasal interview mak angkat tu, aku agak, budak tu nak dioserahkan pada mak angkat yang baru. Aku harap dapat jumpa budak tu lagi minggu depan..Something has to be done! Apa tindakan wajar akan aku lakukan? Apa tindakan kamu rakyat Malaysia??


2 comments:

  1. kesiannya kat budak kecil tu...
    ape pny manusia lah kan....
    nnt awk g pasar lambak tu,awk intervw lagi ek..
    kawan2 yang sbaya dgn dia2 sebuk pegi sekolah..budak tu kena kerja pulak..kesian ny..

    ReplyDelete
  2. keciannye budak tu..
    awat laa mak angkat lagu tu...nak amik sekadar tlg pegi beniaga...=(

    ReplyDelete