Pages

Ads- - -

Tuesday, March 8, 2011

Beradab sikit lah Lelaki Melayu Islam!!!


  (marah sambil hayun2 penumbuk dekat aku)
Ahad lepas adalah pengalaman horror bagi diri aku. Sangat teruk, sangat membenamkan perasaan aku yang merasa ramai lagi lelaki dalam dunia ni tak hormat perempuan.
Dalam jam 6.30 petang, aku memandu nak kerumah kakak aku dekat Salak Tinggi, Sepang. Entah macamana dekat satu flyover tu, aku pancung brader naik kereta Waja hitam. Tiba2 satu bunyi hon panjang dikeluarkan. Brader tu dengan gelabahnya terus potong kereta aku, dan terus brek kat depan kereta aku. Dua-dua Kereta berhenti kat TENGAH JALAN. Aku dah terkejut, apahal brader ni?? Pastu aku Nampak dia terkocoh2 keluar dari kereta dan mara menuju ke aku. Kebetulan aku tak pakai air-cond, dan tingkap terbukak luas. Dia terus tunjuk penumbuk dia kat aku.
Brader vavi: Eh! Kau ni bodoh eh?? Kurang hajar kau!! (sambil menjerit2 dekat aku, sambil hayun penumbuk)
Aku: (aku terkejut, sebab dia nak tumbuk aku)
Brader vavi: Nasib baik kau pompuan, kalau laki, aku tumbuk muka kau!!!
Aku: Astagfirullahalazim…
Brader vavi: Kau jangan nak astagfirullhalazim2 kat sini!!!!
Aku: Ape ni bang..Jalan tu kana ada dua lane..
Brader Vavi: Memang la ada 2 lane..Abistu yang kau pancung aku tu buat apa bodoh!! Aku ada anak bodoh!!
Aku: Dahtu, jalan ada 2 lane kan. Betul lah tu..Kalau saya pegi kerja pun, jalan tu akan jadi 2 lane
Brader Vavi: kau jangan nak tunjuk lagak kat sini!! Kau ni kurang haja tau tak???
Aku: (Aku selawat banyak2…mulut terkumat kamit baca selawat. pandang dia, pandang depan…tapi yang peliknya aku takdelah cuak sangat..Cuma terfikir..kenapalah aku jumpa lelaki tak bermaruah petang2 camni ..)
Brader vavi:Ha! Kau doa la banyak2!! Eh pompuan!! Kau ada lesen tak?
Aku: adela…(Bodohnya dia…kalau aku tak ada lesen, camana aku boleh beli kereta ni?? Maybe kereta lagi besar dari tuan, pastu muka budak pulak..dia ingat aku pinjam keta bapak aku agaknya…)
*(asik Tanya aku ada lessen ke tak…pastu pandang2 harta aku yang ada dalam keta tu)
Aku: Ok lah bang..camni lah..senang cerita, kite g balai polis. Abang boleh maki2 saya kat sana..
Brader vavi: memang!!! Memang aku nak bawak kau ni pegi balai!!
Aku: (heheh..bodoh jugak brader ni…nak pegi balai pun buat apa..polis tu bukan nak layan dia pun..aku tak cederakan dia pun. Melainkan main peguam, baru lah boleh settle)
Brader vavi: oi bodoh!! Kau nak pegi balai tak ni????
Aku: (Malas nak layan..)
(Lebih kurang 20 minit jugaklah aku dimaki2 kat tepi jalan tu. Dengan bodoh, dengan kurang hajar, dengan takde otak, dengan berkali2 makian..)
Brader Vavi: Oi bodoh!! Aku doakan kau mampuss kat situ suatu hari nanti!! (terus beramboss, dan memandu dengan mencicitnya…)
Lepas brader  tu  blah, aku macam cair dari keadaan yang membeku. Semua macam mimpi…Aku kol besfren aku..dan tiba2 aku menangis…bawak keta mengigil2..Jahanam marah perempuan macam itu..Aku tak sedih pun, tapi sekurang2 nya kau hormat la perempuan. Kau tak boleh ke cakap elok2..kita kan orang islam…sekalipun aku nk langgar kau, tak boleh ke kau cakap baik2 . Siap kau doakan aku mampus lagi…Kau tak fikir ke, kalau aku ni lecturer, ajar anak kau satu hari nanti, ilmu tu tak berkat sebab kau dulu pernah doakan lecturer dia ni mampuss? Aku bet, sekiranya memang aku terlanggar dia, eksiden..kat hospital..mesti dengan sakit2 tu dia datang kat aku, maki2 aku…Kalau dia mati ke, agaknya dia confused, nak maki aku ke, nak jawab soalan mungkar nangkir dulu…..

7 comments:

  1. kurang hajar gila punye laki !

    ReplyDelete
  2. sungguh tiada adab s0pan langusng yer...
    macamanelah naseb makwe 0r bini die???

    ReplyDelete
  3. saba dijot~mybe x khatam lagi subjek tamadun nyee

    ReplyDelete
  4. tme kasih korang..aduhai masa kena maki tu rasa macam...erm...terkilan=(

    ReplyDelete
  5. teruk betul..kalau yaya mesti tak kuat dah..sabar taw...

    ReplyDelete
  6. Allah, teruknya. nasib baik takde apa2

    ReplyDelete
  7. wahhhhh... konnaja nye lelaki itu. sian anak die kemaluan ade ayah kurang adab cam tu.

    ReplyDelete