Okeh aku nak carut sikit pasal kebaikan belajar dan bekerja dan belajar terus belajar. Aku ambil level MASTER la. Kalau degree tu, rasanya semua orang tak berapa nak perasan gap itu.
Abis DEREE kau terus sambung MASTER
Okeh, aku ada kawan DL (Dean List) dan dapat offer TPM. Tenaga Pengajar Muda. Dia terus bond dengan UiTM, habiskan master 2 tahun dan terus jadi lecturer. Dia buat confession yang sangat halus dengan aku. Katanya, dia rasa rugi sebab dia hanya akan dapat pengalaman mengajar dan tak akan tahu suasana bekerja yang sebenar. Hahahah? Am I Right? Rugi bhai… Tapi, it cut your length. Ramai orang ada MASTER, tapi tak valuable. Especially bila employer nak hire, basically diaorang ni tak tahu banyak perkara. Seriously. For me, baik kau kerja dulu, and sambung. Tapi kalau dah tak sabar sangat nak sambung, let it be. Macam lecturer aku dulu, dia dah 17 tahun bhai kat CELCOM. Aku tak pasti apa jawatan dia, tapi gaji dia RM15 K dan dia lari ke UiTM untuk jadi lecturer. Dia cakap asas management dia dah kukuh. Dats y masa ajar kitaorang, semua pertanyaan , dia dapat tangkis. Semua example sangat jelas..Dan pengalaman aku sendiri cerita pada member yang ada TPM ni, dia termangu2 dengar working experience yang very cruel enough out there. Yeah! She said I as lucky to employed, having more than 37 times interview experience, and employed by international company whereas I am struggling outhere for label Local product.
Abis Degree, kerja terus sambung MASTER
Sepatutnya bebelan yang atas tu aku letakkan dibawah..tapi tersangkut pulak untuk cerita kat atas. Banyak sangat kelebihan habis belajar, dan kerja dulu.
1-Otak dan minda kau lebih tajam- Selalu kau akan tahu apa-apa yang terjadi dalam dan luar Negara sebab benda itu circulate in your life. Kau akan belajar pasal polisi, belajar pasal economy. Benda yang xlangsung kau gain dan itu kukuhkan base kau. Dulu aku kerja gomen, so aku tahu banyak pasal polisi. Pasal Pelan Tindakan dan how to deal with government rules and lines.
2-Komunikasi kau bertambah baik- Sebab apa? Masa aku di level P&P dulu (Pengurusan dan Profesional), aku dihantar Meeting oleh bos kesana kemari. Akan aa driver yang hantar aku kalau aku nak pergi mana-mana meeting. Dan aku adalah representative pada department aku. So aku kena tahu banyak. Aku kenal orang dari Kementerian lain yang juga bukan calang2 orang sebab mereka pegawai. Yang lantang bersuara, yang sangat berani. Aku? Naïve aja..sebab kadang2 benda itu diluar pengetahuan aku. Polisi bukan habis baca seminggu/ bertahun. Kena melalui amalan. Kemudian aku bekrja sebagai pensyarah pula. Waktu naziran datang, soalan bodoh yang biasanya ditampilkan..” berapa rows and column in Microsoft Excel”? and on da dot, aku terlupa…=p Kemudian aku bekerja pula di international company. Bilamana aku macam kerang busuk kat sini. Tak reti nak cakap sangat. Sebab aku demotivated semua overseas board. Oh taka pa..nanti lama2 aku jadi BOLD.
3-Networking baik punyaaa..
Aku pernah uruskan carnival di wilayah utara (Perlis, kedah dan Pulau Pinang). Aku deal dengan manager Hotel 4 bintang **** disitu da hotel 5 bintang. (Hotel Putra Brasmana Hotel, Putra Palace and holiday Village Hotel). Aku deal selalu dengan diaorang and in return, afer the event, jangan senyap. Kalau nak pergi vacation kesana, sure dapat bilik free sebab Kementerian aku buat projek berjuta dengan dorang
4- Akan jadi lebih bodoh dari kebiasaan
Sebab banyak sangat benda aku kena cater..aku ajdi Alzeihmer.. Nak pergi pejabat pos, nak buat pos laju, alamat tu aku dah taip dalam new message. B4, aku pergi CC dulu, bukak and salin alamat. Once msg member aku pop out, aku reply, alamat yang aku taip tu hilang. Bodo tak? Pastu terus susahkan orang call2, msg2, Tanya pasal alamat tu? And call 5 minit kemudian untuk beberapa maklumat lagi. Pastu sakit otak lagi, pergi hantar rahsia sulit, rahsia besar imigresen dkt orang lain menggunakan structure English yang salah! Demit!!! Malu syial!
5- Hidup ada berantakan sikit
Kena bahagikan masa yang bayak untuk baca journal. Kalau tidak, kualiti thesis kau macam kurap! Selalu aje tak sempat nak baca, nak go thoroughly dalam2 pasal apa yang aku belajar. Kualiti low class!
6-Menjadi motivator – I am the youngest dalam komuniti tu dan selalu aje jd motivator pada kakak2 tu semua! Sebab dorang ladies gagah yang banyak komitmen, dengan pengetua sekolah, dengan anak kau nak kahwen, dengan career kau yang sangat hectic tu…Aku pun ada masalah jugak , so aku hide2 kan perasaan aku. Kang diaorang berenti, susah mak nyah! Tak de pair, xde group.. Mula2 batch aku 23 orang. Sem 2, 11 orang, sem 3 jadi 4 orang dan sem 4 remain,..4 orang…Kelas takkan jadi 4, sebab basically kami akan dicampur rojakkan dengan budak2 kelas lain… budak TESL..selalu sangat…selalu perasan baguh! )
Tuesday, March 1, 2011
Monday, February 28, 2011
lagi carutan bajingan?
Lagi nak mencarut di pagi hari 1 march 2011. Enter UEM building with poker face – kinda please …..have a pity on me=( and that fucker bitch sound “ eyh, you dah sebulan hilangkan visitor pass , kena bayar tau. If not, we won’t allow you to enter this building because its recorded that you are in without out”! eh, aku tahu la moron.. ko ingat aku sesuka nk delay2 fine tu? Serat bhai…boleh beli susu ank kau tahu??! Ciss! Dahla aku pening cam nak demam (akibat semalam tipu seluruh umat dan warga kerja mengatakan aku m.c) hah! Hambek kau, arini pening2 lalat memanjang….fening gua!
Serat bhai..mahal tu….walaupun aku kaya.eherm :p, aku tengah nak menjalankan penjimatan now…iyalah, roadtax kereta bln april ni..plus banyak lagi benda aku nak kena invest ni…
Tak hulur pun kat adik2 aku and mak abah aku. Adik2 aku? Diaorang kaya weih…tengok wayang selalu. Kasut hush puppies..barang toiletries branded. Baju branded…gilerkh kau! Aku yang dah keje ni pun, tahan2kan sesuatu kalau nak beli. Nak masuk panggung, dah berapa kali stuck kat depan kaunter tiket.
Aku: Cambest jer edel citer tu
Edel: kau nak tengok citer ape ni yang?
Aku: erm..tak payah la…kite gi jalan2 jelah..makan2 aiskrim..panjat bukit ..Rugi duit la…
Edel: haah..betul jugak tu…jom2..blah ..buang masa, buang duit tengok wayang..duit nak pakai banyak..
(camtulah selalu dialog aku dengan edel)
Comel betul edel tu…simple je. Pakai baju pun buruk2, kasut koyak2, tapi dia kemas. Aku faham bhai…camana kalau kau tak dapat peluang untuk belajar tu..Rasa dia pedih..
Serat bhai..mahal tu….walaupun aku kaya.eherm :p, aku tengah nak menjalankan penjimatan now…iyalah, roadtax kereta bln april ni..plus banyak lagi benda aku nak kena invest ni…
Tak hulur pun kat adik2 aku and mak abah aku. Adik2 aku? Diaorang kaya weih…tengok wayang selalu. Kasut hush puppies..barang toiletries branded. Baju branded…gilerkh kau! Aku yang dah keje ni pun, tahan2kan sesuatu kalau nak beli. Nak masuk panggung, dah berapa kali stuck kat depan kaunter tiket.
Aku: Cambest jer edel citer tu
Edel: kau nak tengok citer ape ni yang?
Aku: erm..tak payah la…kite gi jalan2 jelah..makan2 aiskrim..panjat bukit ..Rugi duit la…
Edel: haah..betul jugak tu…jom2..blah ..buang masa, buang duit tengok wayang..duit nak pakai banyak..
(camtulah selalu dialog aku dengan edel)
Comel betul edel tu…simple je. Pakai baju pun buruk2, kasut koyak2, tapi dia kemas. Aku faham bhai…camana kalau kau tak dapat peluang untuk belajar tu..Rasa dia pedih..
Down gilerkhh!
Izinkan aku mencarut tanpa salam..
Kadang2 penat weih jadi aku. Sungguh gelabah + Alzeihmer setiap masa.. Tau tak sakit Alzeihmer tu apa? Penyakit lupa yang biasanya kena kat orang tua...cam nyanyuk r..Yes! memang aku nyanyuk, kdang rasa hari itu /hari ini/hari semalam macam Syial!!!
Okeh, bnyk sangat benda buat aku down--down giler babi doh! macam lahanat! Gua peduli apa...dah nama label pun mencarut _)(*&^$##$&!!
WTF?? okeh, aku diterima bekerja dibawah satu Jabatan Kerajaan ni. Semi government bhai...Semua overseas board, aku sorang aje local product. Semua orang dok tanya camana aku boleh dapat kerja kat situ dengan mudahnya? Halooooo..mudah bapak kau! Kau ingat senang ke aku nak study 3 hari 3 malam pasal NKEA bagai? ngan semua RMK10 jadah! pastu nak kena buat2 fake masa interview?? Aku hebat bhai kalo fake masa interview. Speaking? Memang cool doh ! HarHGArGGAFE:D gabai! No wonder la aku pernah dapat public speaker terbaik kan masa kat kementerian? Ouh! itu semua memori manisss yang kalau aku down macam sekarang, aku tak cakap diri aku bodoh lagi.
Aku pun kerja la kat situ...kerja dengan dedikasi la konon2. Kau tahu situ macam apa pada aku sekarang? cam neraka! Terus terang aku cakap, semua overseas product, aku sorang aja yang local. OK, aku faham, dorang takde pun nak downkan aku ke apa. tapi automatically aku yang rasa down. Bayangkan lah cakap laju nak mamP! dengan jargon n technical ngan speed kuasa kuda...Aku teror gak bhai..Aku dapat Band 4 masa MUET dulu. tapi entah kenapa..mungkin kejutan budaya kot...
Sian aku kan? Terus aku intimidating and passive. A last man to stand..Fakasss! Aku rasa aku yang tremalu sendiri...kenapa? why? Demit!!! setiap hari datang kerja, aku tak dapat nak membuat lawak bangang, atau ketawa kesukaan sebab aku bukan diri aku..Aku tak dapat nak keluarkan ayat walau dalam bahasa melayu sekalipun..? sampai gitu down giler aku rasa. demotivated bhai...Kadang2 dalam discussion diaorang tu aku rasa macam unhappy aku adalah local product.
They do not have any intention to insult me or whatever but..but...
A: Ouh..I miss my library in UK...
B: yeah,,,in Aussie too..why ha in Malaysia, some place, they didnt allow stud to bring lappy? even stationary..
Aku: (cakap dalam hati : was it so bad studying in Malaysia??? =( giler..tu la aku rasa )
Pastu dalam meeting, aku buat2 paham apa yang dioarang cakap. Vavi!! aku bukan lah se LAME itu untuk tak tahu..tapi dengan kelajuan kuasa kuda diaorang, plus jargon words..u expect me to catch up? syial r kehadiran aku disitu ibarat Produk IPTA yang tak berkualiti..Assal dulu aku tak belajar pandai2 , dapatkan JPA bond, pastu further kat overseas..nanti boleh r aku jadi lantang...sentap bhai...=F
Visitor Pass
Serious shit! dumbest act yang aku pernah buat.. aku hilangkan visitor pass? macam haram....syial lagi aku nak maki..kena fine RM100..giler! banyak benda doh aku leh wat dengan serat..aku pegi kerja pun naik motor tahu semata2 nak jimat duit. Si jaga Vellu dah asik remind aku aje, bila itu kad mau jumpa??? macam pathetic setiap kali nak enter building tu, aku kena wat2 muka dikasihani.. Gabai!!!
Cast RTM
Dulu memang aku sempoi mampoi. Sekarang perwatakan aku ada beza sikit memandangakan exposure aku dalam dunia profesional meluas. Ok dulu lain sekarang lain. Ditakdirkan RTM ada buat cast utk program Travelogue. Dia nak host yang sempoi2, jer. Aku pulak, rushing dari office, waktu lunch terus pegi RTM tu. Siap de brader ckp " eh, attitre awk ni macam nak mintak jadi cikgu aje" syial doh! aku rush dri ofis kan? pastu waktu audition tu, macam hampeh...memang aku tak pandai nak buat2 sempoi.. walau pun hakikatnya aku banyak kali naik motor pahang ke Johor, Kl ke Johor,,,tapi bab pengacaraan, sukar bhai aku nak jadi seorang yang sempoi...cilake! aku boleh stammed kt atas nun..Gabai! Aku memang de niat nak masuk GM....memang aku tak keberapa nak sopan sangat, tapi tulah platform yang sesuai nak jadi Host tanpa kita bayar wang,,,cuma tenaga aje) hopefully aku dapat GM season 4 nanti...Yang tak bestnya akak n adik2 aku boleh tanya,.."hows ur casting haritu?" pergh..down doh! soalan tu memang wat aku moody lar! lain kali jerla tanya disaat victory is mine..ini dak! membangkitkan kemarahan aku jela... buthurt bhai...
Awkward Presentation
Memang malam tu sentap buat assignment plus ada presentation esoknya. Aku tak concentrate langsung bab present. Aku fokus pada asg..sekali esok, ramai orang tibai aku. Nasib baik Kak Nurul bekap aku...Syial r...fakta senang pun aku tak boleh nak rungkai?? giler vavi! masa tu otak dah jammed. dan aku termangu2 cam orang bodoh bernyawa kat depan sambil cakap laju. Kenap? why? wat malu aku jer!! shiT!!! memalukan diri sendiri.. nama aje amik MASTER...bodoh kau ! rasa nak berenti jer. Tapi dah tinggal hujung ni...Aku kuatkan gak semangat aku yang suam2 kuku ni.. Dr teoh puji aku sbg motivator kepada batch2 aku. sebab diaorang semua dah tua, dan setiap masa cakap nk quit! ok fine, sebab aku yang muda sekali, xde komitmen (x kids, marriage?)..aku gagahkan jugak brainwash diaorang selalu...walaupun aku demotivated...Aku hide2 rasa aku yang sellau nak give up....( sigh ;'o)
I.C
Tadi aku pegi beli no pin DPLI kat BSN Putrajaya... Aku hulurkan ic aku kat budak tu. Dah terang2 dia letak atas desk tu, caman dia boleh lupa nak bagi kat aku balik?? Vavi kau! aku terpaksa patah balik ke Putrajaya walaupun aku tak lagi berbuat demikian. Syial r! lain kali kau tak boleh ke jerit nama aku cakap aku tak ambik balik i.c aku?? Masalahnya ic aku tu atas meja, depan dia betul..bukan atas meja pelanggan tu yang mana kita berdiri ngadap dia...padahal hati aku da terdetik 2 minit sebelum tu untuk mintak ic aku balik kat dia.. JAdah!! aku tak salah dlm hal ni..aku rasa dia lah bodoh! sesia jadi front desk BSN. menyusahkan orang!
Bilik Sewa
Yess,, masuk ni aku dah rasa duduk dengan tiga orang roomate. memang r bilik aku master bedroom, besar! tapi orang jarang nak bersharing sebab privasi...
Roomate first: Aku tak bertegur sangat dengan dia, sebab dia berkira saat aku jejakkan kaki hari pertama kat rumah tu. Terus aku rasa malas nak tegur sangat. Kalau dia cakap pun, aku layan biasa2 jer. Hati aku luka okeh kalau kau buat gitu 1st day aku menginap kat bilik yang kite kena kongsi ni! Akhirnya dia belah sebab dia tak tahan kot dengan keadaan tak privasi tu..Dia dapat bilik single dkt2 ngan jusco sana.. itupun cakap last minutes! Gua bengang!!
Roomate 2nd: Ank polis, kurus kering macam aku. Cuma muka dia pun kurus gak, so nampak la dia tu super duper slim world..Aku memang kurus, tapi pip;i aku gemuk ( Thanks ALLAH!) ni baik ni...borak memang tak ingat....siap ajak aku gi Bangsar dengan niat nak ajak join bisness dia. Thankgod aku tak terperdaya.. Bisness cam haram...nak rosak anak melayu, silakan lah...( Jauhkan dari sangkaan pelacuran, perjudian dsbg..tiada kena mengena). Akhirnya dia pun blah gak ..sebab? Dia jarang duduk bilik tu. Yes, I admit, memang dia jarang ada kat situ. sebab dia selalu lepak umah abang dia..Mcm aku lah yang ramai adik beradik kat sini.. Dlu, aku pun camtu..
Roomate 3: Bekas cikgu. Kontrak xdisambung so dia trun sini utk kerja jd cikgu SMARTreader plak..junior setahun dari aku..ok la...suka tengok citer korea sampai subuh2..Ok r kan...Tak sampai sebulan, I mean hanya 28 hari (sbb Feb ada 28 hari) dia blah gak sebab principal sekolah tu carikan umah sewa utk semua teacher2 dia..Aiyakk..
Pastu ada budak call dan tengok bilik ni. Aku offer dua sekali boleh masuk sbb bilik ni leh occupy smpi 3 orang...okeh fine! nampak cam suka..terus decide nak duduk situ and esoknya bawak barang. Officially akan duduk bilik ni in march. Sekali tu leh dia msg aku last minutes cakap tak jadi?? WTF?? syial kau! menyusahkan idup aku tahu????? aku dah suka2 tak perlu cari orang lagi, mental doh budak ni wat cm gini...
Pastu ada budak call dan tengok bilik ni. Aku offer dua sekali boleh masuk sbb bilik ni leh occupy smpi 3 orang...okeh fine! nampak cam suka..terus decide nak duduk situ and esoknya bawak barang. Officially akan duduk bilik ni in march. Sekali tu leh dia msg aku last minutes cakap tak jadi?? WTF?? syial kau! menyusahkan idup aku tahu????? aku dah suka2 tak perlu cari orang lagi, mental doh budak ni wat cm gini...
Skang ni, housemate aku yang ddk bilik bawah pulak offer diri duduk bilik aku. Kesian bhai aku ngan dia. Dia plk kesian ngan aku..Mudah2 kalo ada luck, esok ada orang call tanya pasal bilik tu...
Thursday, February 24, 2011
Sayangi sampai akhirat...InsyaAllah
Assalamualaikum.
Bercerita tentang insan paling hebat dalam hidup..Insan yang kalau hidup tanpanya boleh jadi gila, boleh jadi merana. Restu hidupnya paling penting….
Orang yang garang,.selalu kena bantai waktu kecil-kecil dahulu. Tapi aku percaya itu semua demi kebaikan kami adik beradik..Dia seorang yang aku sangat hormati dan aku rasa jarang ada orang macam abah kat dunia ini. Beberapa fakta tentang abah :
1- Tak pernah makan kat kedai. Dia suka masakan mak saya okeyh?! Sampai masa kecil-kecil dahulu, rasa macam bengang campur sedih campur terkilan.. kenapa mak abah saya tak pernah makan kat kedai. KFC? M’CD? Wah! Sangat jakun!!!
2- Tak pernah kentut. Maksud aku, kami adik beradik tak pernah dengar dia kentut ataupun bahasa lainnya mengeluarkan gas beracun! Giler hebat tatasusila dia. Sampaikan jadi agen penyiasat abah kentut kat mana?
3- Tak pernah dengar dia sendawa. Homangaihh..Kalau nak dibandingkan dengan mak aku yang sendawa kuat macam serombong kapal tu? (actually kami adik beradik ni ada penyakit sendawa angin. Tak makan ke, makan ke…angin memanjang
4- Tak bagi buang barang. Buang benda rosak ke, bakar buku2 dah tak pakai ke, bakar atau buang baju-baju lama ke..Oh! dia tak bagi! Sanggup marah yang lama!
5- Tak suka pinjam barang. Semua dia nak pakai, mahal atau murah, dia akan beli sendiri. Contohnya mesin pemotong kayu yang besar tu. Biasa aku tengok kontraktor-kontraktor je pakai, tapi abah aku tak..Lagi? Seterika macam kat kedai dobi tu, yang ada serombong tu…banyak lagilah! Macam setor dah rumah kat kampung tu!
6- Sangat menepati masa! Kalau dia janji dengan orang pukul 7, dia akan pastikan paling lewat dia akan sampai tempat tu 5 minit sebelum. Apabila jam dia berdetik ke 7.01 minit, dia akan terus pergi dan tak menoleh lagi. (Sebenarnya dulu aku selalu kena tinggal masa nak pergi sekolah:p sebab aku lambat bangun) ha..ha..ha..memang tak berdisplin ketat gua ni!!
7- Lepas makan basuh pinggan. Tak pernah lepas makan tinggalkan pinggan dia. Dia akan terus bawak ke singki dan cuci. Tak pernah orang cucikan!!
8- Tak pernah makan daging ayam dekat mana-mana pun kecuali yang dia sembelih sendiri. Kalau pergi kenduri ke, atau majlis yang disogokkan dengan daging ayam, dia akan cari alternatif lain. Abah aku ada sijil penyembelihan tau, dan dia tak suka ada unsure-unsur syubahat dalam makanan. Sayangnya, anak-anak dia main bantai aje. Tomy Rhomas la, KFC lah..dan segala bagai yang tak sihat.
Banyak lagi aku nak cerita pasal abah aku..Tapi lebih baik aku cerita pasal emak aku pulak..
1- Seorang yang tak boleh duduk diam. Dia sangat aktif walaupun dah berusia 67 tahun. Serius, rakan seusia dia semua badan gemuk2 dan besar. Tapi mak aku kurus sebab dia banyak bergerak. Kerjaya dia banyak, Pekebun (tolong abah aku angkat kelapa sawit), Guru AlQuran dan Ketua Yasin Wanita serta Bendahari Masjid.
2- Mak aku seorang yang sempoi. Kalau pergi mana-mana ada aje dia buat gaya yang comel! Contohnya pakai kain sebelah tinggi sebelah rendah sampai Nampak seluar panjang dia, tudung senget, Serkup terkeluar dari tudung, dan baju tak bergosok. Oh! Apa itu erti gosok baju? Orang tua seperti dia sudah tak kisah dunia. Pada Dia, cantik Allah yang memandang di Akhirat..InsyaAllah.
3- Nampak lembut, tapi dia tegas. Kalau dia ckp “A” maka “A” lah mesti jadi. Dia pernah jadi pembahas terbaik masa dia beranak tiga. Ada sekumpulan cikgu cikgi masuk pertandingan bahas. Team tu ajak mak aku join sekali. Anak-anak mak aku which actually abang-abang aku, dipegang oleh makcik aku. Ini cerita makcik aku yang bukak, sampai bila aku Tanya mak, dia cakap dengan selamba..”Kebetulan je tu”
4- Pandai jahit baju fashion-fashion. Masa kecil2, baju kurung, gown, semua dia yang reka dan jahitkan. Sampai besar ni pun, dialah jahitkan baju anak-anak. Sian mak, sebab tak ada siapa mewarisi bakat dia..=(
5- Seorang yang tak sampai hati. Ingat lagi masa pergi MAHA, ada orang promote sikit, dia terus beli. Dia cakap tak sampai hati. PAdahal mahal you ubat tu! Lepas tu dekat surau mana entah, ada orang dating promote minyak, dia terus beli dengan harga RM12, padahal dah tertulis minyak tu harga RM10 kat botol. Emak aku rabun dekat, jadi dia tak Nampak. Bila kakak aku sampai je tempat itu, si penjual minyak angin tadi terus aje cepat-cepat pergi. Apalagi, hangin si kakak aku ni. Ha3
6- Ada seorang aje dalam keluarga mewarisi kemancungan hidung dia. Kakak aku nombor dua..
7- Berfikiran simple. Dia tak suka nak gelisahkan sesuatu atau berfikir negative pada orang lain. Kalau ada orang buat hal dengan dia, walaupun orang itu yang salah, mak aku terus cepat2 minta maaf. Pada dia, biar apa-apa segi kita mengalah. Adakala tak rugi pun.
Penat cerita pasal dua orang tercinta ni. Dua orang ni, tak dapat peluang untuk belajar tinggi2 sebab orang dulu memang tak nampak prospek belajar tu untuk apa. Mak aku selalu dapat lompat kelas masa sekolah. Kedudukan dia top three. Ini pun, pakcik aku yang bagitahu kami adik beradik. Abah aku pulak, pun sama. Dial ah anak sulung dalam keluarga. Dia dari umur lapan tahun dah bangun pagi-pagi untuk sara semua orang termasuk ayah dia, kakak dan adik2 dia. Sebab arwah atuk aku, orangnya sedikit jahil. Arwah atuk aku, anak bongsu, dia tak biasa buat kerja jadi dikerahnya anak-anak dia yang buat kerja. Abah aku tak pernah berdendam dan in return? Semua adik beradik dia sayang sangat dekat dia. Kalau dengar abah nak datang rumah diaorang, cepat2 diaorang masakkan lauk kegemaran. Layanan macam Raja kau… Kalau abah aku ada peluang belajar tinggi, aku pasti sekarang ni dia professor kat Universiti mana entah. Takpun arkitek yang Berjaya. Emak aku pulak, kalau dapat peluang belajar tu, entah Doktor mana dia jadi….Alhamdulillah, bila rezeki tu tak diberi pada mak dan abah aku, diberi pulak pada anak-anak dia. Adik beradik aku ada yang Senior Manager, gaji 30 K je kot, belajar kt UK, Ada ambil PHD, ada doctor, ada system Analyst, ada Biochemist, dan macam-macam la backgroundya. Dah tak susah macam dulu.
:::Kesimpulannya, hargai nilai hidup ini. Kejarlah sesuatu yang mustahil kerana ia akan jadi tidak mustahil apabila kita percaya:::
Wednesday, February 23, 2011
Selamat Datang Dunia Tak Percaya
ajaibnya dunia..Ajaibnya kuasa tuhan, telah membukakan kebenaran didepan mata. Lalu semuanya terbukti secara tak tersengajakan. Terima kasih tuhan, malam ini hati aku telah hancur lagi. Aku tak perlu penjelasan, aku tak perlu perdebatan. Perasaan prasangka ini memang kuat, tak aku nafikan..sekali terjadi lagi, aku dah tak memandang rasa yang lain.Ia berjuraian datang. Macam ombak merembes jatuh dari dua mata. Kau telah hancurkan hatiku, hancurkan perasaan aku. Aku terkelu disini.. sedihnya aku cuba menahan, namun aku gagal. Rupanya Tuhan mahu suruh aku pandang yang lain.. kejar sesuatu didepan. Yang aku tak mampu buktikan lagi, yang belum aku raih lagi.. Sekilas coretan. Aku masih sedih lagi, tapi aku percaya ia boleh hilang suatu masa nanti.
Tabahlah!
Tabahlah!
Thursday, December 16, 2010
Pengalaman interview lebih 37 kali..
Assalamualaikum
Aku rasa, sebelum ni sapa pernah ikut blog aku di frenster, mesti korang baca pengalaman yang aku dah listkn..
Tak apalah, aku kongsi lagi dengan harapan kamu2 semua dapat banyak informasi.
Interview sebagai Pendidik?
Ya..Banyak kali dah aku pegi PPD.apakah itu? PERSATUAN PENGGEMAR DAGING? oh bukan..(PEJABAT PELAJARAN DAERAH kawan2) Dlu mse mula2 grade, xada scroll pernah kena halau di PPD Pontian dan PPD Shah Alam. Waktu di PPD Shah Alam, dah beratur panjang, masa tu dia pooling ramai. Sampai turn aku, dia mintak scroll, aku ckp lagi 2 bulan nk grade, n then dia jerit kat semua orang "" Kan saya dah kata...Kalau tak ada scroll lagi, tak konvo lagi..JANGAN BUANG MASA AWAK BERATUR MINTAK KT SINI!!!!!!!' wallawei..semua pandang aku..:p thehehe...
Interview sbg pendidik lagi, kali ni dah grade, dah ade scroll. masuk bilik interview. Aku betta dengan dia pasal statistik penggunaan bahasa inggeris di JEPUN. isunya 'Wajarkah tindakan kerajaan/MOE menghapuskan Matematik dan Sains dalm BI" - sebenarnya disini, ko kena bertindak sebagai pro kerajaan. bukan anti. mksud aku, kena sokong apa saja moves kerajaan. Tp masa tu aku tak setuju sangat. Sebab BI ni akses kepada ilmu dunia global.. lagi kesian orang yang kat kampung..bagaimana diaorang nk hadapi cabarn itu utk masa akan datang? generasi aku? herm..pegawai tu bengang dengan aku. berikut perbualan kami;
Pegawai : awak rasa wajar atau tak MOE buat mcm itu?
aku: saya rasa inggeris adalah kunci untuk akses ilmu, apepun saya sokong tindakan MOE
pegawai: awk ckp macam itu, seolah2 awak kata inggeris itu penting
aku: memang penting en..sebab...BLA..BLA..BLA
pegawai: sape cakap?? Di JEPUN pun, 100% diaorang berbahasa JEPUN
aku: siapa cakap?? en, lihat tak statistik terbaru?? mengikut statistik yang dikeluarkan oleh --------(sumber boleh dipercayai, tapi aku x ingat dah), JEPUN mempunyai peratusan paling tinggi dalam kadar pembelajaran bahasa inggeris. maksunya, diaorang aware, dan semakin sedar
pegawai: (dia muka dah bengang)
Interview sebagai exec di CIMB?
oh! ia pengalaman ngeri, dan trauma nya terasa sampai ke tulang belikat hingga sekarang. sangat kerek itu orang-orang. sampai dia cakap begini " what are you trying to say hah???"
Interview sebagai cust. services di Hospital Serdang
Aku rasa siapa yang pernah kerja ini, mesti tahu gaji dia mahai, tapi syif dan cabaran nya kena sabar layan pelanggan"
oh, aku berjaya didalam interview ini! tapi aku tak pergi sebab tak minat. Tapi, aku terkantoikan yang kakak aku system analyst kt situ. sepatutnya tak payah cakap aku ni sedara@adik beradik @de apa2 pertalian pun. (kalau gomen, diaorang ni suka pakai sedara mara, kerabat babat, tapi kat sini tak pulak,,pelik ya?)
Interview sebagai Pembaca Berita/Pengacara
Bukankah aku sudah bagitahu kamu2 semua, minat terhadap broadcasting semakin menjadi2 sejak aku menjadi emcee majlis2 gala kementerian. Alkisah, aku pergi ke stesen ini. Pakaian mesti gempak. Muka kena touch up..:p Buat sehabis boleh walau bukan bground broadcast. Aku kena mengacara bual bicara yang aku cipta jam itu juga bila panel mahu lihat kebolehan aku. aku kena berbicara dalam BI..kena membaca berita. dan..dan..ada lampu casting masa interview tu siap dengan mic yang pasang kt dalam baju and sangkut kat vontot..
(tapi aku tak berjaya lagi)
**banyak pengalaman lagi..banyak aku berjaya juga., tapi terkadang bila dah diterima aku tak mahu pula..paling lama aku berkhidmat di MOCCIH.
hampir 1tahun setengah.. banyak yang pahit dari yang manis
Monday, December 13, 2010
Temuduga lagi???
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini aku menerima satu lagi panggilan temuduga. Sebelum itu, aku telah ke FMM (Federations Malaysian Manufacturers) atau pun Persekutuan Pekilan-Pekilang Malaysia yang mana Organisasi ini salah satu organisasi yang sangat outstanding di Malaysia menawarkan pelbagai kemudahan untuk mana-mana manufacturers di Malaysia. Jawatan yang aku pohon adalah Executive Trade Fair, Conference and Events. Antara skop kerja adalah pergi ke luar negara, mengendalikan majlis, karnival, persidangan dan sebagainya. Temuduga hari Jumaat (10 Disember 2010), tetapi gementarnya sudah aku rasai seawal 6 hb lagi..yaa…pada hari Isnin.. Aku sibuk membuat sedikit kajian (sehingga tidur lewat jam dua (2) pagi). Mencari maklumat tentang apa itu CPI (Customer Price Index), FDI (Foreign Direct Investment), Inflation dan segala macam hal berkaitan ekonomi. Memandangkan organisasi tersebut sangat mempunyai nama (hebat dimataku sebab mempunyai bangunan yang besar, nama yang canggih, pekerja yang berbahasa Inggeris keseluruhannya dari pengawal sehingga receptionist, ) maka ia mempengaruhi mindaku..Tidak mengapa, aku lakukan jua kajian demi kajian untuk buat yang terbaik semasa temuduga. Pada hari yang dijanjikan, aku pun melangkah ke organisasi berkenaan dengan mengenakan baju kemeja coklat, tudung coklat, dan seluar slack mahal (khas untuk temuduga pembaca berita yang pernah aku beli dahulu). Aku dijemput duduk di dalam sebuah bilik perbincangan dengan diberikan sebuah kertas. Mataku tertancap..Oh! apakah ini??? Esei? Dinyatakan disitu : FMM, please state current issues, proper title, recommendation, and conclusion.. aduhai…saat itu pening juga kepala aku. Setelah seberapa seketika, aku memutuskan menulis tentang “ Feed In Tariff Scheme in Malaysia (FIT)”- tentang renewable energy di Malaysia, tetapi aku perincikan pada bajet kerajaan. Hahaha…sangat susah rasanya. Dengan tatabahasa yang terbalik, dengan isu yang aku tidak ketahui berapa dalam. Sebelah aku, kelihatan seorang perempuan dengan gaya yang amat konfiden sekali, dan seorang mamat cina. Kami tidak berbual, hanya sibuk melengkapkan borang dan menjawab esei. Akhirnya, satu persatu keluar dipanggil dan tinggal aku berdua dengan seorang mamat cina (Nicholas namanya). Setelah aku selidiki, dia lulusan luar negara (daripada Australia bidang Perakaunan)..
Tidak lama kemudian, namaku dipanggil .waktu itu hampir jam 6.30 petang. Aku lah orang paling terkemudian akibat sesat di Bandar Damansara selama hamper satu jam setengah..
Berdebar perasaan ku..Ada tiga (3) orang panel, semuanya berbangsa cina. Seperti biasa, aku diminta untuk memperkenalkan diri. Kemudian mereka menyoalku bertalu-talu dan meminta aku memperincikan skop tugas di MOCCI. Kemudian, mereka memberi aku satu situasi dan bagaimana aku menangani keadaan tersebut. Mujur aku pernah menjadi pengacara majlis untuk Majlis Menteri sebanyak beberapa kali. Nampak gayanya, mereka sangat sukakan aku (perasaan disitu ) . Kemudian pelbagai lagi situasi. Yang mana dengan konfiden sekali aku dapat menjawabnya dengan bahasa Inggeris yang terbalik pukang. Kemudian mereka juga menjangkakan aku pandai untuk ‘Ber Public Speaking”. Mesti lah aku bangga, kerana guru Bahasa Inggeris di tempat kerja aku memberi markah 9/10 dimana tidak semasa itu, hanya aku saja mendapat markah tersebut. Sehinga kini terngiang “ Shes born with talent”..(aku tidak obsess dengan diriku ya… ) Allah telah mempermudahkan urusan aku dari sukar menjadi mudah. Terima Kasih Ya Allah.
Hatiku tersentuh
Assalamualaikum semua.
Kenapa tiba-tiba ahtti ini tersentuh..Aku sebenarnya sedikit terharu membaca nukilan brader tersebut di laman sesawang beliau. Ya, aku akui,,aku wanita yang impikan kasih sayang seorang suami yang begitu. Mugkin perjalanan hidupku panjang lagi. Haruslah menghabiskan MA ini dahulu kemudian mengejar cita-cita sebagai pengacara versatile. Berikut aku copy kan nukilan beliau.
Untuk lebih jelas, boleh melihat hasil penulisan beliau disini
Ada member aku tanya aku...."apa benda paling best lepas kau kahwin?"Secara naluri semulajadinya,aku sebagai seorang lelaki akan kata :
1. "Aku bukan teruna lagi!"
2. Ada teman
3. Boleh pegang tangan jalan2
4. Tidak takut untuk berdua-duaan di tempat-tempat gelap
5. Boleh keluar masuk hotel tanpa perlu rasa bimbang
...dan macam-macam lagi benda yang best (untuk orang baru kahwin ni kebanyakannya melibatkan nafsu lah kan,hehehe)
Tapi...
Semua benda tu tak se-best satu benda yang baru sekarang aku praktikkan.Ia tidak melibatkan penanggalan baju,ia tidak melibatkan tidur bersama,ia langsung tidak melibatkan nafsu serakah yang dahaga.
Apa yang paling best pada aku lepas aku kahwin?........Salam tangan isteri dan cium kepala dia lepas solat jemaah dengan dia.
SERIUS SHIT itu adalah satu moment yang aku rasa SANGAT SANGAT SANGAT BAHAGIA.Aku tak tau la korang rasa benda yang sama ke tak.Moment tu mampu membuatkan aku yang "tak berapa rajin solat" BERSEMANGAT nak solat.Waktu tu,perasaan marah dekat kerajaan,hangin dengan majikan,bengang dengan sesiapa pun hilang.Seolah-olah ditarik masuk ke dalam satu ruangan yang sangat mendamaikan hati dan jiwa.Aku mula paham apsal member2 aku yang dah kawin suruh aku kawin.
Dan aku berharap jangan lah pulak selepas ni wujud trend "Boyfren mengimami Gelfren" semata-mata nak mencuba dan merasai apa yang aku bagitau ni.Berzina tu memang la best kan...tapi hati tak tenteram buat apa?KAHWIN BANG!Setakat memuaskan nafsu tapi tak rasa kasih sayang,takde point dalam kehidupan.
Selama ni aku hanya fikir nikmat kahwin tu akan datang bila kita tak berpakaian dan kepenatan.
Aku tak pernah sangka kebahagiaan tu lebih hebat datang bila isteri aku bertelekung.
Kenapa tiba-tiba ahtti ini tersentuh..Aku sebenarnya sedikit terharu membaca nukilan brader tersebut di laman sesawang beliau. Ya, aku akui,,aku wanita yang impikan kasih sayang seorang suami yang begitu. Mugkin perjalanan hidupku panjang lagi. Haruslah menghabiskan MA ini dahulu kemudian mengejar cita-cita sebagai pengacara versatile. Berikut aku copy kan nukilan beliau.
Untuk lebih jelas, boleh melihat hasil penulisan beliau disini
February 25, 2010
Falsafah Cinta 18SX - "Sayang,Abang Ingin Membeli Lingerie Untukmu.."
Ada member aku tanya aku...."apa benda paling best lepas kau kahwin?"Secara naluri semulajadinya,aku sebagai seorang lelaki akan kata :1. "Aku bukan teruna lagi!"
2. Ada teman
3. Boleh pegang tangan jalan2
4. Tidak takut untuk berdua-duaan di tempat-tempat gelap
5. Boleh keluar masuk hotel tanpa perlu rasa bimbang
...dan macam-macam lagi benda yang best (untuk orang baru kahwin ni kebanyakannya melibatkan nafsu lah kan,hehehe)
Tapi...
Semua benda tu tak se-best satu benda yang baru sekarang aku praktikkan.Ia tidak melibatkan penanggalan baju,ia tidak melibatkan tidur bersama,ia langsung tidak melibatkan nafsu serakah yang dahaga.
Apa yang paling best pada aku lepas aku kahwin?........Salam tangan isteri dan cium kepala dia lepas solat jemaah dengan dia.
SERIUS SHIT itu adalah satu moment yang aku rasa SANGAT SANGAT SANGAT BAHAGIA.Aku tak tau la korang rasa benda yang sama ke tak.Moment tu mampu membuatkan aku yang "tak berapa rajin solat" BERSEMANGAT nak solat.Waktu tu,perasaan marah dekat kerajaan,hangin dengan majikan,bengang dengan sesiapa pun hilang.Seolah-olah ditarik masuk ke dalam satu ruangan yang sangat mendamaikan hati dan jiwa.Aku mula paham apsal member2 aku yang dah kawin suruh aku kawin.
Dan aku berharap jangan lah pulak selepas ni wujud trend "Boyfren mengimami Gelfren" semata-mata nak mencuba dan merasai apa yang aku bagitau ni.Berzina tu memang la best kan...tapi hati tak tenteram buat apa?KAHWIN BANG!Setakat memuaskan nafsu tapi tak rasa kasih sayang,takde point dalam kehidupan.
Selama ni aku hanya fikir nikmat kahwin tu akan datang bila kita tak berpakaian dan kepenatan.
Aku tak pernah sangka kebahagiaan tu lebih hebat datang bila isteri aku bertelekung.
Subscribe to:
Posts (Atom)




