Assalamualaikum semua
rasanya sudah lama aku tidak menitip berita untuk dirakan didalam entri ini. Kebelakangan ini, aku sangat sibuk dengan pelbagai perkara. Siapa sangka aku yang dulu beperwatakan kasar dan lasak, akhirnya pergi berlenggang ke kelas andaman. Semuanya aku lakukan demi minat dan masa depan. Masa depan kah begitu?engikut penelitian ku, tidak salah untuk belajar mengandam rupa. Ia adalah sebahagian daripada hidup wanita. Wanita memang sinonim dengan kecantikan. Berbekalkan semangat yang tinggi, aku pergi ke kelas tersebut tanpa sesiapa pun yang aku kenali. Sebelum itu, aku juga sibuk kesana kemari mencari produk bersesuaian untuk menjadikan aku seorang 'make-up artist' amatur. Kemudian aku mencari beberapa orang model untuk pembikinan blog kedua ku berkisarkan tentang fesyen, style berbusana dan berhijab. Aku mengandamkan mereka, dan mencari lokasis sesuai untuk berfotografi. Kerana minat juga, aku sanggup membeli sebuah kamera DSLR yang beribu harganya. untuk menukil model ini kedalam fotograf aku. Kemudian, aku juga sibuk mencari riben, dan manik untuk dibuat aksesori tudung kepala. Asal ada masa terluang, aku menjahit dan mencari idea baru untuk persona hijab ku. Tidak cukup dengan itu, minat menjahit baju timbul sudah lama. Aku agak cemnburu apabila rakan bloggers sangat kreatif dan pandai menjahit busana mereka sendiri. Aku inginkan sesuatu yang berpadanan dengan diriku. Minat itu kembali membara setelah aku mendengar seorang rakan ingin mengikuti kelas jahitan. Bagaimana harus ku mulakan? dengan diriku yang sibuk bekerja, belajar dan segala macam pekerjaan lagi. Setelah aku selidiki, kelas jahitan diadakan secara berkala dengan bayaran tertentu. Mana mungkin aku dapat menhadirinya secara konsisten..Nantilah, akan aku fikirkan bagaimana caranya. Pemaisuri yang aku sayangi, dialah pandai segala jahitan. kenapa aku tidak belajar dengan dia? Bila pulang ke kampung nanti, akan aku jumpa mak, dan nyatakan hasrat hati. Mesti hatinya girang kerana aku selalunya memandang remeh perkara begitu..(perkata jahitan). Sebentar tadi, aku telah mencabar seoirang rakan (FATIRAH MOHD NOR) untuk menunjukkan hasil jahitan kami dalam masa sebulan lagi, bermula tarikh tadi terpatri cabaran itu. Bermakna hasil akhir pada 23 Disember 2010 bulan depan. Aku mencabar dia selaku mencabar kemampuan ku jua. Aku rasakan perkara ini seronok. Kita lihat saja bagaimana jahitan dua orang yang tidak pernah menjahit nanti. Yang pasti, aku rasa hasilnya mesti kreatif dan berbangga. walaupun tanpa pengetahuan yang sedalamnya. Sama-sama kita nantikan cabaran ini.
Sekian, nukilan
No comments:
Post a Comment