Pages

Ads- - -

Sunday, November 14, 2010

suka duka aku di MOCCI

Salam semua.
MOCCI?? (apakah dia??)-Acctually merujuk kepada tempat kerja aku-nama terpaksa diubah dan dirahsiakan demi menjaga kepentingan semua pihak-
Bermula kerjaya ku disini pada awal ogos 2009. Pada waktu itu, aku adalah kuli atau orang bawahan. hanya mengikut, hanya menurut. rasanya seakan tersiksa kerna aku punya idea, aku punya buah fikiran yang aku rasakan boleh dibawa kepada atasan untuk perbincangan dan sebagainya yang melicinkan kerja. Namun, seringkali itu juga aku tidak dipandang, kerna aku hanyalah bertaraf kerani biasa walaupun aku mempunyai kelulusan..kemudian, setelah beberapa penantian, akhirnya aku dinaikkan skim kepada yang lebih tinggi, bersesuaian dengan kelulusan ku. terlalu banyak pengalaman yang aku timba, banyak juga yang aku dicela. Pengalaman paling sukar ku terima, tidak terkira banyaknya. Dimarahi oleh orang atasan, dikatakan tidak profesional dalam kerja, sudah menjadi asam garam tiap kali mesyuarat atasan dilakukan. Bukan mesyuarat bahagian yang hanya ada ketua, tetapi mesyuarat dengan pegawai2 tinggi kerajaan. waktu itu seperti terpalit tahi dimuka ku. namun, aku bersabar lagi. berkat kesabaran memungkinkan kita menjadi matang dan memperbaiki diri. tapi apa pula cerita dimarahi oleh orang bawahan? pedihnya sampai ke urat belikang. hendak dilupakan, tidak mungkin sama sekali kerana hatiku telah tercalar dek mereka-mereka itu. Mungkin persoanliti ku yang 'BAIK" dan tidak pandai melawan? atau juga stigma "KONTRAK" tidak patut dimuliakan..Pernah, PA (personal assistant) atau kerani kesetiausahaan memarahi aku, dan menghalau aku. Apabila mereka menyemat PA kepada orang atasan, seolah-olah memberi mereka kuasa untuk bertindak seperti ketua mereka. Benar bagai dikata, setiausaha adalah cerminan kepada seorang ketua. Apabila buruk yang dikatakan PA kepada orang yang mahu berurusan dengan ketua mereka, begitulah jugalah apa yang orang-orang disekeliling berpendapat tentang ketua tersebut. Misalnya begini:
Orang awam: Saya mahu berjumpa dengan bos awak hari ini? boleh?
PA                 : nk bincang pasal apa?
Orang Awam : tentang kertas kerja yang dibentang tempohari
PA                 : maaflah! dia sibuk sekarang. Lagipun dia tak mahu diganggu berkaitan kertas kerja ini. Kalau  nk bincang juga, datang hari lain..




Nampak bukan senario ini? tidak jelas lagi? contoh kedua akan menyusul:


PA      : kak, meeting esok Dato' sabahiyah hendak makan nasi ayam.
Kerani: alamak, akak dah tempah makanan la. Meeting esok disaji dengan mee goreng.
PA       : Dato; nak jugak nasi ayam. kena cari la kak. Dia tak suka mee goreng. Low class katanya!!

:: (Sebenarnya PA yang mahu makan nasi ayam, Dia gunakan nama ketuanya)::


Nampak bukan..betapa hebatnya  kuasa seorang PA. Dia adalah cerminan seorang ketua. jika dia gagal dalam mencerminkan imej dan peribadi mulia, maka orang akan menuding ketuanya.Kembali kepada peristiwa aku dimarahi oleh PA kepada orang atasan ini. Dia pernah menghaau aku keluar dari biliknya dan saat itu aku hanya mengomel memarahi dalam hati.


Bercerita pula pasal orang lembut ditempatku ini. Orang itu afdalah lelaki yang membebel mengalahkan wanita, yang bercakap mengalahkan wanita, yang mengadu domba dialah raja. Aku juga pernah dimarahi oleh orang sebegitu. Perinya memang terkenal dengan mulut celupar. Bayangkan, ramai-ramai menerjah bilikku, dan memarahi aku. walhal, pada masa itu, aku diarahkan untuk membantu mereka. Mengapa aku terlalu baik untuk tidak marah, menyelesaikan dengan cuba bertahan. Waktu itu aku berfikir, sangat tidak profesional jika aku menjerit2 seperti mereka juga. seperti aku tiada pelajaran, seperti aku pencacai bawahan, sama sikap seperti mereka, tidak tahu menghormati'..begitu yang aku fikirkan. Hairan bukan, sepatutnya orang atasan memarahi orang bawahan, tetapi yang terjadi kepadaku terbalik pula. Pada hemat aku, lagi dibawah kita berada, kita mesti kenal siapa diri kita. Usah berlebih, dan sentiasa hormat-menghormati. 


Tidak cukup dengan itu, situasi aku dimarahi oleh seorang ketua yang berketurunan INDIA juga menyentak hati nuraniku sehingga kini. Aku bukan berniat racist disini. bukan sama sekali. Pernah aku terdengar, dia berkata begini " Dont mind, you can ask her to do anything, shes contract only"...Waktu dia berkata dengan seorang pembekal (supplier)..tika itu, mataku tertancap pada perbualan tersebut dan berada disatu sudut yang mereka tidak perasankan aku langsung...Mendengar patah tersebut, hatiku luka. seorang ketua yang aku hormati, sanggup berkata tidak wajar begitu. siapakah aku? walhal. dia hanya superior ku, gred jawatan sama dengan aku. apa yang memebzakan kami , perkataan KONTRAK sahaja...

Sekian, nukilanku untuk pagi penuh berkat ini. Semoga Allah membantu aku, dalam apa jua keadaan yang aku tak tyertahan, duka atau pun senang..

No comments:

Post a Comment