Pages

Ads- - -

Saturday, November 13, 2010

Peperiksaan PTD dan KPLI

Oleh kerana tadi aku baru menduduki peperiksaan PTD dan KPLI, maka, aku harus berbahasa penuh disini. Tanpa ada kata atau perenggan singkatan..(inilah calon-calon harapan)..:D Peperiksaan PTD adalah Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Agak glamour juga jawatan ini di Kementerian kerana ini adalah satu-satunya jawatan yang memungkinkan seseorang itu untuk naik kepada skim yang lebih baik hanya dengan beberapa tahun.bermula dengan gred 41, seterusnya gred 44, 48,52,54, seterusnya JUSA A, JUSA b, JUSA C (gred JUSA biasanya disandang oleh Dato'/Datin/Prof/Dr.). Jawatan ini juga satu-satunya akses untuk menjawat Ketua Setiausaha dan Ketua Setiausaha Negara. Dengar khabarnya, lebih 400 ribu calon menduduki peperiksaan ini. Kertas soalan mengandungi bebrapa bahagian. Memerlukan daya analitikal dan kritis seseorang untuk menjawap soalan ini dengan begitu sempurna. Agak sulit juga untuk lulus dalam peperiksaan ini kerana diriku sahaja, sudah kali ke 3 mengambil peperiksaan ini. Namun, ada insan yang lebih hebat, hasil temuramah ku dengan bebrapa calon dahulu, bahawa mereka pernah mengambil peperiksaan ini hingga kali ke 7, dan kali ke 8. Ditanya apakah tidak bosan atau patah semangat? jawapannya mudah: kerana cita-cita: peperiksaan KPLI pula adalah Kursus Perguruan.khas untuk mengajar sekolah rendah. Persaingan agak hebat juga disini, kerana bidang perguruan juga menjanjikan cabaran dan jaminan masa depan kepada penjawatnya. Antara komponen soalan adalah verbal, analitikal, kuantitatif dan bahasa inggeris. Masa yang diperuntukkan adalah 30 minit bagi setiap komponen.Kepala bagai diawangan seketika, apabila selesai sudah satu-satu komponen, calon terus diasak lagi dengan kertas seterusnya. Membuatkan calon tidak mahu berlengah, dan terus menjawap tanpa sepicing pun merehatkan minda dan berfikir dengan idea penuh dikepala. Aku memilih untuk pergi ke Peperiksaan KPLI, kerana aku yakin rezeki ku akan dipermudahkan disitu oleh sebab aku mencintai bidang pendidikan. Aku ingin mendidik anak bangsaku berpaksikan tekad ini untuk menjadi seseorang yang dikenangi kerana budinya kepada agama, negara dan bangsa. suatu sentimen yang mencerap ke benakku tiap waktu sambil tersenyum simpul mengenangkan alangkah indahnya menjadi seorang guru yang akan didingati oleh seseorang murid hingga hayatnya kerana pernah mencurahkan ilmu. Doakan aku berjaya menggalas cabaran ini, InsyaAllah. Sekian untuk tatapan..

2 comments: