Pages

Ads- - -

Thursday, April 28, 2011

Dunia yang menyesakkan otak

Pagi yang letih akibat pulang kerja jam 11.00 malam tadi..datang ke ofis dengan rasa mahu tidur tapi cuba buat2 gagah walau hakikatnya tidak. Kemudian dapat satu panggilan payment untuk kereta pending bulan ini. WTF??????????????? huh..cukup penat otak aku sekarang. membuat semakan dan kiraan. Tak boleh berfikir pantas dan mencapai kalkulator. Orang lain tukar kerja atas alasan diberi ganjaran gaji lagi tinggi. Aku tukar kerja, konon mahu cari pengalaman.. Wah bila orang dengar namanya...."tempat orang pandai"..tapi aku tersilap percaturan...dengan gaji sebegitu yang ditawarkan, aku hilang RM500. Bermakna ditempat lama, aku boleh meraih RM500 itu..entah bodoh atau apa..... 

Monday, April 25, 2011

Padam....jua



Ibaratkan..dalam keluargaku,
ada 10 batang mancis..yang belum pernah membakar habis dirinya..belum pernah lagi satu2 menyala dan padam..walau aku tau, masanya pasti akan tiba. Tak dapat aku bayangkan..
Dalam batang mancis juga, kotaknya, dan yang jaga isinya,,masih utuh. Dia, ibu abahku.
Kelmarin,Kawan..bercuti seminggu..
Atuk dia meninggal dunia.. Inalillah, kembali kepangkuan Illahi dengan selamat. Mudah-mudahan diberkati, diredhai. Lanjut peristiwa itu, aku terkenang abah aku. Usia abah sama dengan usia atuk kawan aku.
Aku tak tahu, samada abah atau aku yang pergi dulu..
kalau aku yang pergi dulu, abah boleh bacakan doa, talkin kan aku...tapi aku tak dapat la nak jaga abah..Kalau abah pergi dulu, aku tak dapat bayangkan macamana. Aku ada dosa besar gilaa..aku nak confess dengan abah..biar dekat akhirat nanti, abah tak menangis tengok aku, anak dara dia yang terbejat dengan dosa yang hina.
Abah haritu cakap dengan aku..dengan anak-anak lain juga..Katanya, dia dah tak fikir dunia. Usia dia sekarang hanya pinjaman. Bila2 masa dia akan pergi..
sayu dan mencalar hati aku..sebab aku tak sedia nak tengok abah hilang depan mata..aku belum dapat berbakti lagi..aku banyak makan beras abah, walhal abah tak rasa lagi beras yang aku beli berguni2. Dulu masa mula-mula kerja aja aku hulur RM400 dekat abah ngan emak. Sekarang, 3 bulan aku tak hulur lagi. Aku rasa aku anak yang teruk.
Lagi,
Abah tak boleh pergi dulu..abah kena jadi wali masa aku kahwin...walau aku tak rasa munasabah untuk kahwin sekarang, 2 tahun lagi, atau 3 tahun dan 4 tahun kendian. Aku nak nikah depan abah dan mak. Cukup! tak perlu sanding pun tak apa...
Lagi,
aku tak nak abah dan mak pergi dulu..Aku tak pasti boleh konsisten atau tak pergi kubur abah dan mak. Macam arwah atuk dulu. Aku hanya bertahan untuk ziarah selama 3 bulan aja. Sebab aku menyesal, aku pentingkan kawad kebangsaan dari pergi ke hari pengkebumian..

Aku tak sanggup lagi nak hilang abah dan emak..
Kalau aku pandang abah, mesti mata dia berkaca. Dia senyum dan kata, nafas dan nadinya hanya pinjaman. Pun begitu, dia masih bekerja. Tidak duduk diam2 menunggu mati..
Aku yang tidak tabah...camana kalau aku hilang abah, siapa yang dapat faham hati aku yang dah bersedia melangsung tapi disekat-sekat.

Aduhai..maghrib skrg..padanlah emosi. Tapi aku cuti sekarang..

Friday, April 8, 2011

meh r nak fight????

Kata-kata tu aku tunjukkan untuk diri aku yang semakin pudar dikala jam menunjukkan pukul 3.59  5.20 pagi. Aku masih bertarung untuk menghabiskan sisa-sisa sarjana, padahal dua orang kawan aku sudah lepas ke peringkat kedoktoran(Doctorate)…. Aku gagahkan jua….Esok final, presentation, exam, dan segala bagai yang menyesakkan kepala. Pinggang sudah sakit dan kaki mula merengkot. Mata terbuntang aku sengkang dengan kertas A4. Aku saja yang tak kuat….

Dari meja kecil dalam bilik besar: 5.20 pagi

Thursday, April 7, 2011

Macam2

Malaysia negara yang tak selamat..Seriously:
Politik kotor, Buang duit merata2 untuk projek tah hapa2, nak siasat je,,terus jatuh bangunan?
Latest:
1) kematian Allahyarham Ahmad Sarbini- Pen. Pengarah Kastam..Mati terjatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM....TERJATUH???MOFOCK!!!! sama macam Teoh Beng Hock kan...begitu berisikonya nak tegakkan kebenaran...Allahyarham antara 62 yang ditahan bagi operasi siasatan 3B ..(Kehilangan 3 Billion dalam cukai di Malaysia)...sama2 kita fikirkan...

2) Buang duit merata2..Dulu aku keja dengan gomen, JUSA---org yang ada title Dato2 kat depan...sangat lah suka membazir duit kerajaan a.k.a duit rakyat. Example: Bilik baru renovate tahun lepas bulan September, pastu Januari tahun ni pulak, nak renovate lagi. Alasan nak sama dengan kemajuan sains, teknologi dan digital. Banganga!!! Pastu, kroni menteri, spend 800K untuk perbelanjaan balik kampung , untuk sewa kereta sahaja..Aku masuk meeting Bajet, so aku tau..

3)Kisah skandal seks yang tak abis2..porn video..Bodoh punya politik! Takde cara lain ke nk jatuhkan org lain..Tak semua org Malaysia ni Ba wau dal wau ha!

Sial gileeeee....***nk apply visa cpt2, blah dari negara ni...ceh2