Pages

Ads- - -

Saturday, November 19, 2011

comparison..



Always...
Love to tease Mr. Boyfie..But its the truth guys............
First , I like to compare his eyes with his teeth...they both got the same colour..Well, ex-smoker impact that what I can tell ya. kha..kha..kha...(Mr boyfie left his smoking world ever since he know me) that is why love him much! 13 years  bhai..13 years....who doesnt fall for him?)


Herm...biasanya kan perempuan kn? keh2..well. I am too skinny and he is super duper large, this comparison definitely void :p
Enhanced by Zemanta

Saturday, November 12, 2011

doodle gift

I am inspired by some doodlist frens which using their talent to make PROFIT. its not that much, but well self actualization I guess...
here are some doodle commission that I made for October and November issues

This is key chain made for birthday present


 This key chain made for a lady rider
 and for a new born baby..Ahmad Thalha



This is for telematch programme that was hel in 12 Nov 2011



* I only accept order for more than 5...

22 october 2011

Remember...
a few years backs...everone, everybody remeber my birthday...
xcukup tangan utk membalas msg, dan menerima hadiah
tahun ini....hanya mr boyfie seorang dan juga ibu bapa dan adik beradik tersayang....
masa dulu telah berlalu...............

Monday, July 18, 2011

tengok kiri kanan..pandang2 lah sikit!


Nukilan tergendala kerna berfikir sejuta kali untuk publish atau tidak. Biarlah orang kata aku riak, tapi niatnya tidak.
Bising sana, bising sini…ah! Aku pening dan benci dengan orang-orang yang kolot macam ini. Perlukah aku cerita yang gaji abang aku lebih 30k?? gaji adik ko baru cecah 3K dah kecoh…aduhai masyarakat…tolonglah. Tak payahla jakun sangat. Aku rasa tak perlulah aku cakap sebab .30k, 60k, 80k, Allah yang bagi rezki tu..Ada lagi yang lebih dari adik ko!
Perlukah aku cerita yang aku ni pegawai masa aku kerja dulu??duduk dalam bilik dan pergi meeting dengan Dato’-dato’, JUSA A, B, C, Turus III…Jadi emcee untuk Majis Gala Menteri banyak kali pun aku tak hairan. Ni baru event SUB yang datang rasmi dah kecoh se HOTEL!!WTH?^%$^%&^*Aduhai..tak perlulah nak cerita..
Perlukah kau cakap orang yang fluent English je boleh kerja dengan MNC???Tak payahla aku cerita yang aku orang Kementerian Pertama yang kerja dengan GLC under Prime Minister Office, yang kerja dengan omputih dan expats2…

Perlukah aku cerita yang aku ni dah biasa handle 4,5 **** Hotel dengan Manager??sedang kau sibuk berlagak macam jakun masuk Residence hotel—erk 2**???aduhai….

Perlukah aku cerita yang orang panggil aku Boss???Aku represent  division aku???Aku boss kecil yang perlu diaorang dapatkan kelulusan????
Bangang betul kalau orang takde exposure pastu mulut tak reti nak cover…Jakun amat…Biar hati bunyi dari Mulut. Biar bukti ada dari mencanang benda kecik..nak muntah aku! eh pellis....
Enhanced by Zemanta

Sunday, June 12, 2011

Kanak-kanak pewaris bangsa, agama, negara

Sudah lama tak ketemu encik chenta.. apa khabar agaknya..bagaimana rupanya. semakin kuning kah giginya? semakin hitam kah kulitnya? semakin besarkah vontotnya? Wallahualam..
Encik chenta meminta aku memuat naik hasil kerja tangan ku untuk micro teaching malam esok. Aku tunaikan juga permintaanya. 
Dalam hati ini, telah timbul rasa cinta, pada satu bidang yang belum pernah dalam hayat aku untuk meneroka nya. dan Tuhan, telah membuka peluang itu dan menampakkan pada aku, early chidhood education sesuatu yang luas dan pelbagai cabang. Masih dalam pertimbangan untuk masuk ke senarai pengajian Doctorate nanti, InsyaAllah.

Kanak-kanak dilahirkan suci dan bersih. Kita yang mencorakkan mereka. Mereka belajar 85% dari pemerhatian. Kalau si Ibu menjerit menyuruh anak diam, beerti itu SALAH. Mahu anak diam, walhal si ibu menjerit. nampak bukan?
Itu baru muqaddimah..
Buat masa ini, aku hanya dapat memuat naik gambar 'Puppet Socks" yang telah dibuat sepanjang hari serta buku cerita Perayaan Tahun Baru Cina. Xinnian Kuaile :)


 Buku Cerita Tahun Baru Cina by Me...

 Baju Cheing sam yang cantik:)

 Xinnian Kuaile mesti ada limau mnadarin!

 Tarian singa..Dong2 Cheng..Dong2 Cheng!

 Ang paw!!! seronoknyaaa!!!

 Inilag Mei Ling yang cantik tu!!!



Sekian. Nukilan...Salam

Sunday, May 22, 2011

Tanah Runtuh Anak Yatim

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan berita Tanah Runtuh yang berlaku di Rumah Anak Yatim, Batu 14, Hulu Langat Kajang. Seramai 37 orang terkorban...Anak-anak yang dikasihi Allah ini, pergi menghadap illahi tanpa keluarga disisi. Tiada tangisan bagi mereka, tiada raungan orang tersayang..kerana mereka, tidak beribu, tidak berbapa....Allahuakbar...
Waktu2 begini, mulalah kejadian salah menyalah antara satu sama lain. Terus, terang....jadilah intelek yang relevan. Memang lumrahnya, bila dah berlaku, mesti ada satu pihak yang harus memikul tanggungjawab itu. Katakan di Media, rumah anak yatim tersebut tidak didaftar di bawah JKM. Rumah anak yatim tersebut melakukan aktiviti lain selain tempat penjagaan. (Pusat tahfiz, pusat motivasi)...
Aku kagum, dengan inisiatif pengusahanya...dia mampu untuk menjaga seramai hampir 50 orang anak yatim tanpa bantuan kerajaan. Itu sumbangan seseorang yang merasa tanggungjawabnya besar untuk membantu..Bukan seperti sesetengah Dato Datin, yang menghulur sumbangan dengan memanggil semua media membuat liputan beserta replika cheque yang maha besar..

Alfatihah untuk anak yatim terbabit...Kau sungguh suci, sungguh murni, maka Allah memanggilmu pergi...dengan jalan yang paling perit, tetapi Syahid. Kau insan terpilih untuk kami didunia muhasabah dan iktibar dari peristiwa kamu menghadap Illahi.

Kita semua pasti menyusul...waktunya entah bila...

yang terbayar


Bila aku fikirkan, perancangan Tuhan sesuatu yang cantik dan adil kan....Bulan Mei, bulan yang menyaksi kejadian air mata terburai lagi....
Aku sarankan, sesiapa yang memakai kad kredit..jangan sedap2 swap..aku ada 4 kad kredit, tapi aku pakai dua..itupun.....hampir merana. bukan! aku bukan kaki shopping..entah, tiba2 aku alpa...begitu jadinya.
kemudian, pelbagai lagi cabaran datang satu demi satu...dulu kereta kena clamp, kemudian, motor pula...
tiba2 sebak...boleh terhambur air mata....padahal..aku wanita yang tersangat independent...
kemudian, di hujung derita, semua bagai dirancang tuhan dengan adilnya. Saat Manager memberitahu kontrak tidak disambung, saat itu juga aku mendapat berita bahagia. Kini, di Residence Hotel..berkursus selama sebulan dua minggu..dan terus di posting kemana2 daerah pedalaman. Aku memohon agar dihantar ke Sarawak. Aku belum lagi 30. masih boleh terbang lagi..I wanna Fly before I settle down....Abah mohon, aku bertugas di JOHOR,,..tapi aku mahu ke Sarawak juga jika diizinkan Tuhan...:) Sesuatu yang pahit dalam bulan Mei, kini berbayar...Alhamdulillah....