Pages

Ads- - -

Wednesday, March 30, 2011

Bersara la cepat!!



(Credited: GOOGLE)

Selalu kalau aku pergi kerja, balik kerja mesti ada aje challenger. Ha3....Budak sekolah ke? mamat2 nak pergi kerja ke?Minah rempit slow ke? semua golongan ada. Tapi yang paling tak boleh blah, kalau orang tua pun nak join sekaki padahal tengah bawak bini. Aduhai pakcikkkk...........sayang la bini kau tu..aku bagi ko menang ah! jangan risau..Ko tak rasa ke cengkaman dipinggang semakin kuat?? makin kau layah-layahkan motor tu ke kiri dan kekanan...Aku mencilok, kau nak cilok. aku mengepeng, kau pun nak jugak. Aku bawak beriaya macam srambler, ko lagi beriya mcm superbike..Kau tak reti nak bersara ke pakcik?? kau tak sayang bini kau ke??Aku pulak yang sayang bini kau, sebab tu aku bagi kau chance menang...ambiklah...ambik!!

Friday, March 25, 2011

tak sama, tapi serupa

Setiap orang dilahirkan dengan sifat yang beza..insani, dedikasi ini buat kamu jika matamu memandang entri ini, bacakan hingga terjumpa titik dihujungnya--


 kau kutu kayu, aku kutu kepala (= ='')
 
Aku selipar jepun, kau kasut wedges (T *")

Aku pembaris pendek, kau pembaris panjang (T t")

  
Kau ayam, aku pulak ikan (x t")

Sentimental dipetang hari untuk perjuangan lapan tahun kita....Sekian (^^,) wiehuuuu.....

Enhanced by Zemanta

Wednesday, March 23, 2011

Celik mata, Buta hati


Semalam lepas balik kerja, lepas magrib (berapa banyak lepass daaa..) aku dengan sang kawan pergi pasar malam kat area sri kembangan ni. Orang Johor biasa panggil Pasar Lambak. Saja jalan-jalan cari makanan. Niat nak beli jagung bakar. Lepastu kawan aku singgah tengok2 tudung kat satu kedai ni. Aku pulak tak berapa nak berkenan tengok tudung, tapi mata aku dok perhati seorang budak lelaki dengan gigihnya susun2 tudung.
Aku: Wah! Rajinnya..=) adik tak penat ke? Esok sekolah tak?
Adik Kecil: Tak..dah biasa. Esok memang tak sekolah..Lagipun kite ada interview mak angkat..
Aku: Oh! Cuti sekolah eh?
Adik Kecil: Taklah…kita memang tak sekolah pun..
(Erk…Aku dah sentap dah kat situ. Interview mak angkat?? Apa pulak tu?)
Aku: Adik umur berapa?
Adik Kecil: Umur 10 tahun.
Aku: Abis tu siapa? (sambil tunjuk kat perempuan yang aku sangka emak)
Adik Kecil: itu mak angkat. Kita anak angkat
Aku: Abis, adik memang tak pernah sekolah ke?pastu interview mak angkat tu apa?
Adik Kecil: pernah..masa kecil2 dulu. Sekolah tadika.. Interview mak angkat tu, kite pun tak tahu..
Aku: Adik cita-cita nak jadi apa esok besar?
Adik kecil: entahlah…angkat2 bahu
(Tiba2 aku terperasan mak angkat budak tu dok perhati dan utk dengar perbualan kami. Masa aku borak2 tu, aku cakap slow2 sebab aku tak nak mak angkat dia tahu.)

Aku terus diam..dan pura2 tengok member aku belek tudung. Aku nak usha lagi budak tu, tapi sejak mak dia pandang2, dia terus diam tak berani nak cakap. Perasaan aku bercampur baur. Sedih! Kecewa! Semua menakul dalam jiwa aku. Tahun 2011 beb! Ada lagi kanak-kanak yang tak disekolahkan. Aku pergi perkampungan orang asli dulupun, masyarakat kat sana dah celik pendidikan. Dah cuba sekolahkan anak-anak! Walaupun itu mak angkat dia, tapi budak tu berhak dapat pendidikan!semua orang kena tahu, Hak kanak2!!:
1-      dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;
2-      Untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;
3-      Untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai;
4-      Untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat;
5-      Untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri;
6-      Untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;
7-       Untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya;
8-      Untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan;
9-      Untuk berupaya mengekspresi pandangan sendiri
Aku masih terngiang2 peristiwa tadi. Pasal interview mak angkat tu, aku agak, budak tu nak dioserahkan pada mak angkat yang baru. Aku harap dapat jumpa budak tu lagi minggu depan..Something has to be done! Apa tindakan wajar akan aku lakukan? Apa tindakan kamu rakyat Malaysia??


Sunday, March 20, 2011

Sabarlah wahai hati


Dalam usia hampir menjengah ke 30 tahun, 
Kawan2 seusia, semua telah selamat dalam misi bekeluarga dan berzuriat. Aku? Aku tidak boleh kawen..bukan dengan kehendakku..namun begini takdirNYA.
Bohong kalau aku katakan, percintaan segini lama tidak dipuputi niat membina masjid..
Namun, aku hanya mampu turutkan perjalanan yang sudah tersedia dirancang dengan ketentuan. Sewaktu browse di internet, atau berjalan ke kedai pengantin, mata sentiasa tertancap pada busana raja sehari. Namun, kutangiskan pada mimpi yang mungkin berkesampaian suatu hari nanti. Entah bila..2015?2016?2017? barangkali..
Tuhan, rezekikan cintaku....bantulah aku...

Saturday, March 19, 2011

Anak ramai..rezeki2..


Aku ada ramai anak buah. Genap 20 orang pada hujung April nanti. Anak buah yang sulung (anak kak long) berusia 25 tahun dan bakal bertunang minggu depan. Wah! Sudah langkah makcik kamu yang tua lebih dari kamu!! Tahniah la. Banyak2 anak buah, aku paling rapat dengan anak kakak kedua aku. Nama dia Arissa Insyirah. Comel gila masa dia lahir..Betul aku tak tipu..

Dia lahir masa aku tahun akhir kat university 28 November 2008.. Aku jaga dia dari dia baby..kalau tak jumpa dia, mesti rindu..

Perangai dia macam mak dia. Pandai menyakitkan hati dan pandai ambil hati.

Aku mesti tak boleh lupa, tiap kali datang umah dia ke, jumpa kat mana2 ke, mesti dia lari2 kat aku dan peluk kaki aku…”Cik jot..cik jot…….:D “ kata dia sambil sengih2. Rambut dia brunette,mata macam orang korea…
Kadang geram jugak dengan dia…suka2 jer marah aku..Budak kecik sekarang ni kan..dah tak tau nak takut…

Hobi aku cium dia kuat2 sampai dia lemas. Ada satu hari tu, aku cium dia..Dia menangis satu hari suntuk sambil menjeling aku..Hahaha…aku dah terlupa..Insyirah dah masuk 4 tahun pun..dah pergi sekolah :p


Enhanced by Zemanta

Thursday, March 17, 2011

Penderma terbaik bulan MAC!!



Tahniaah...
Aku telah menjadi penderma terulung bagi bulan MAC..
Hilangkan visitor Pass di Menara U**, dan bayar denda RM100..
kemudian, parking kereta di Plaza Sentral dan didenda RM50..
Bayangkanlah, untuk membeli makanan dan baju yang mahal pun aku berkira, apatah lagi melabur dengan tidak mendapat pulangan? Pergi kerja pun naik motor, untuk berjimat,.sanggup berhujan sewaktu pergi kerja dan akhirnya patah balik kerana luar dan dalam basah kemudian berfikir sejuta kali untuk ambil kereta? dan Akhirnya didenda, kereta diclamp dan bayar denda kepada polis bantuan yang gatal...?
Semuanya aku tempuh untuk memberi sedekah yang amat2 bermakna buat dikenang. Terima kasih KUALA LUMPUR!!!!
RM150 bagi aku, boleh buat makan sebulan, boleh buat isi minyak motor 3 bulan tahu!!! Bukan semua orang yang kerja di Menara U** tu kaya wahai polis bantuan!!

::Mode masih geram:::Ralat::Sedih amat::

Monday, March 14, 2011

e!


Aku dilahirkan mempunyai penyakit..
Penyakit Hyperhidrosis. Tapak tangan dan tapak kaki berpeluh. =) tak delah rasa sampai down gila sebab penyakit ni. Pada aku  itu satu keunikan dan kejaiban. Aku tak boleh hidup tanpanya walau terkadang ia menyusahkan..Aku sudah terbiasa. Kaki terendam didalam kasut dan hasilnya bau busuk amat di stoking yang dipakai tak sampai setengah hari.

Perlu Alaskan satu kertas time exam, sebab actual kertas exam akan comot dan selekeh akibat perpeluhan tangan ku..
Apabila sedang memandu, stereng kereta akan basah bak terkena air yang dicurahkan. Hasilnya, stereng kereta akan licin dan aku perlu memegang kemas stereng tersebut untuk memandu.
Apabila terkena aircond, kaki dan tangan ku akan sejuk dan sentiasa berair. Sejuk gila sampai nak pakai glove!!
SETIAP masa, SETIAP hari, ia akan berpeluh2 begini. Hanya berpeluh di tapak tangan dan tapak kaki. Badan, muka, memang tak berpeluh sebab itu kalau aku tak mandi 3 hari pun, baju aku maintain macam baru dicuci. Aku tak pakai minyak wangi pun tak apa, sebab bau badan tidak kuat.
Pesakit Hyperhidrosis boleh mendapatkan rawatan samada pil antikolinergik atau ubat sapu anti respirant. Nak lagi advance, boleh dapatkan rawatan pembedahan urat yang dipanggil pembedahan simpatektomi. Euw…mesti sakit tu….Maaf kan aku diriku. Aku penakut. Nak titis ubat mata pun aku tak berani, apatah lagi nak operation??
Biarlah aku begini…..

Friday, March 11, 2011

Aku bukan H***za!!


Ni bukan story merapik atau perasan. Sorry bhai..aku nak cite je, life aku penuh dengan melodi begini..
Korang suka ke kalau muka korang disamakan dengan individu glamour?Memang pun dlm dunia ada 7 orang muka serupa. Tapi, aku taula muka macam aku bersepah, so tak payah nak buat2 terkejut kalau jumpa aku..Maaf sangat2, aku memang tak layan AF.So, bila ramai orang cakap muka aku macam H***za, aku rasa cam tak  sedap hati.Aku memang tak kenal. Masuk orang ke 23 cakap, aku terus
Ouh!! Artis??AF..Aku tak penah tau wujudnya AF.Banyak benda aku nak cerita, tapi paling tersengat kat kotak memori aku ialah situasi2 ini:
Situasi 1: Aku ingat lagi masa dekat RNR Tapah. Masa tu bas berenti turunkan penumpang mana2 yang nak gi toilet ke, nak makan ke, nak beli kacang ke?Aku turun bas nak beli kacang rebus.Tiba-tiba kakak kat kedai itu semua muka terkejut.Pastu bisik2.Pelik siot! Aku termangu2 dekat situ.Lepas aku beli tu, aku cari barang lain kat kedai yang lain. Pastu aku singgah balik kat kedai yang banyak akak bisik2 tu nak beli keropok.

Akak RNR: Terkejut saya tau! Ingat H**iza  tadi
Aku: err? Sapa dia?Saya pun tak kenal
Akak RNR : Alah, artis AF lah..Awak ni adik dia ke?
Aku: Maaflah kak…saya bau bacang pun takde! (sambil dalam hati  terpk  sape)
Situasi 2:  Aku jumpa dengan bestfriend aku..(3tahun kenal kat internet je, jumpanya tak pernah)Lepas jumpa tu kitaorang YM
Mimiko: weih, muka kau sama la dengan H**za.
Aku: sapa beb? Siyes aku tak kenal..
Mimiko: kau pergi tengok TV9 sekarang!
(Aku lari2, terus bukak TV9, masa tu NasiLemak Kopi-O kot..Ada Aziz Desa)
Aku: tak la weh…
Mimiko: Gelak pun sama..Sama la beb..
Aku: Terus malas nak layan…giler!!
Situasi 3: Aku kerja kat sebuah badan kerajaan ni..Dekat2  jer ngan Muzium Negara.Ramaila adik2 yang baru kerja satu batch dengan aku dekat situ.

Budak Batch: Akak, sama la muka akak ni! Macam H**za.
Aku: Korangni..,memandai jer..(Dalam hati rasa cam diaorang ni nak membodek aku je)
Budak Batch: Sama kak!! Betul ni…Peh, kalo akak pakai baju macam dalam cerita syurga Cinta tu kan…
Aku: Ok2 lah. Akak balik dulu..( Lagi lama aku kat situ, lagi banyak Nonsense yang keluar)
Situasi 4: Masa melawat perkampungan Orang Asli PosTuel-Kelantan. Ramailah dari Kementerian2 lain. Salah sorangnya Dira, dari KPKK.Baru kenal dan terus mesra.
Dira: beb! Mukako cam H**za la beb!
Aku: beb..tolong r..tak sama la!!
Dira: Serius beb..Cuba ko pandang aku n senyum. Pastu ko toleh tepi..senyum
Aku: (buat macam dia cakap)
Dira: Sama beb!! Depan ke, tepi ke…sama beb!
Aku: terus tukar topik lain…Malas aku nak layan!
Yer, memang..memang aku tak caya..Maybe  iras tu adalahkot. Nak cakap aku fotostat muka dia, sangat tak best! Sebab aku lahir dulu dari dia. Kalau cakap muka dia cam aku boleh r terima..Ini muka aku cam dia??Wadda…..)(**^#$#^*!@#@#
Lagipun, banyak bezalah..Aku memang betul tak faham…Dia putih bhai..Aku ni kulit bertukar. Ada masa aku Nampak putih, de masa aku Nampak kuning langsat..Furthermore, aku tak pakai contact lense. Aku takut!! Eye-more pun aku takut…
Banyak lagi beza…

Banyak lagi kejadian2 yang malas aku nakc eritakan.Aku rasa, diaorang ni mata tak betul. Siap post dalam FB lagi (dulu aku adala FB, skang dah tak da)..siap panggil aku Hadijah H**za..
Dalam pada tu ada jugak yang pandai menilai.Ada satu kejadian kat surau Shah Alam…Budak2 datang mengaji.Aku singgah jap nak solat Asar. Budak perempuan, badan besar, tapi baru darjah 6.
Budak pompuan: Akak…erm muka akak ni kan…
Aku: (Dalam hati dah agak dh…)
Budak pompuan: ramaikan orang muka macam ni sekarang..
Aku: (peh..sentap bhai!!!! )
Budak pompuant u, memang matang gila. Cara dia cakap pun macam orang besar..Aku Nampak dia mengawal tone percakapan…peh!budak itu..sentap2 tapi benar!
Tapi ramai pulak orang suka ya, kalau muka disamakan macam artis?Ish2….Aku bersyukur aje.Sbb Aku Hadijah bukan  H***za. Dan dari gambar ni, korang boleh nilaikan sendiri.. Ha3…
 (p.s: sorry la, aku tak reti nak wat muke bajet comel..sbb aku dilahirkan utk figure yg garang!!:F )

::::So korang yang perasan artis tu, citerla korang artis jelmaan spe?  heh3:::

Wednesday, March 9, 2011

Malaysia itu Diversiti

(Agaknya kena soal siasat dulu asal usul?? hai..leceh la ...)

Salam
Aku nak komen sikit ni pasal sifat berpuak2. Aku tak tahu lah kalau apa yang aku gitau ni salah, tapi ni pengamatan dan pendengaran aku setelah beberapa lama hidup atas muka bumi. Pernah tak korang, dalam mencari pasangan, selalu dimomok2 kan dengan stigma kurang elok ke atas negeri lain?

Kedah
Bila cakap pasal orang negeri kedah je, orang negeri lain cakap jangan cari pompuan atau lelaki dari negeri ni. Diaorang ni cakap kasar. Pastu Bahasa kesat. Pastu diaorang ni suka kikis harta.

Perak
Orang Perak pun kasar. Garang.

Negeri Sembilan
Bahasa diaorang kasar pastu pusaka dapat kat orang pompuan. Adat dia sangat kuat.

Kelantan
Suka berpuak2, dan cakap kasar. Kalau pompuan diakatanya gedik, kalau lelaki dikatanya malas kerja.

Melaka
Cakap kotor, Bahasa kasar

Johor
Aku tak pernah dengar banyak, tapi ramai cakap orang jawanya tak romantik. kasar dan garang. Pompuan laki, kasar. (Aku orang Jawa)

Terengganu
Suka cakap kasar.

Selangor
Cakap kasar dan garang..

Negeri-negeri lain aku tak berapa dengar sangat..
dulu ada kawan aku yang tak jadi kawen..ada gak aku Tanya..kenapa weh.

Aku: kenapa weh kau tak jadi kawen..Bukan ke kau dah stabil? Kerja ok. Gaji ok. Rumah ada..Bercinta pun dah lama..

Kawan Aku: erm..aku putus camtu aja..Mak dia tak suka..=(

Aku: Wadda heck?? Apa reason mak dia tak suka kau??

Kawan Aku: Sebab aku orang negeri Sembilan…

(erk????aduhaiii..matila kalo sume org pk cam ini........)
Seriously bagi aku, kita semua sama aja. Ada reason mak bapak masing2 dari negeri lain cakap anak orang negeri lain mcm itu..SEBAB dia nak anak dia kahwin dengan orang dekat2 jer..Nampak kan?..Mana-mana yang baca entri ni jangan terasa hati. Ni pe yang aku dengar je..pada aku, NONSENSE..Ramai je yang kawen sama negeri, kecai gak…Jodoh, Pertemuan, Ajal dan Maut, itu semua kerja Tuhan…

Tuesday, March 8, 2011

Beradab sikit lah Lelaki Melayu Islam!!!


  (marah sambil hayun2 penumbuk dekat aku)
Ahad lepas adalah pengalaman horror bagi diri aku. Sangat teruk, sangat membenamkan perasaan aku yang merasa ramai lagi lelaki dalam dunia ni tak hormat perempuan.
Dalam jam 6.30 petang, aku memandu nak kerumah kakak aku dekat Salak Tinggi, Sepang. Entah macamana dekat satu flyover tu, aku pancung brader naik kereta Waja hitam. Tiba2 satu bunyi hon panjang dikeluarkan. Brader tu dengan gelabahnya terus potong kereta aku, dan terus brek kat depan kereta aku. Dua-dua Kereta berhenti kat TENGAH JALAN. Aku dah terkejut, apahal brader ni?? Pastu aku Nampak dia terkocoh2 keluar dari kereta dan mara menuju ke aku. Kebetulan aku tak pakai air-cond, dan tingkap terbukak luas. Dia terus tunjuk penumbuk dia kat aku.
Brader vavi: Eh! Kau ni bodoh eh?? Kurang hajar kau!! (sambil menjerit2 dekat aku, sambil hayun penumbuk)
Aku: (aku terkejut, sebab dia nak tumbuk aku)
Brader vavi: Nasib baik kau pompuan, kalau laki, aku tumbuk muka kau!!!
Aku: Astagfirullahalazim…
Brader vavi: Kau jangan nak astagfirullhalazim2 kat sini!!!!
Aku: Ape ni bang..Jalan tu kana ada dua lane..
Brader Vavi: Memang la ada 2 lane..Abistu yang kau pancung aku tu buat apa bodoh!! Aku ada anak bodoh!!
Aku: Dahtu, jalan ada 2 lane kan. Betul lah tu..Kalau saya pegi kerja pun, jalan tu akan jadi 2 lane
Brader Vavi: kau jangan nak tunjuk lagak kat sini!! Kau ni kurang haja tau tak???
Aku: (Aku selawat banyak2…mulut terkumat kamit baca selawat. pandang dia, pandang depan…tapi yang peliknya aku takdelah cuak sangat..Cuma terfikir..kenapalah aku jumpa lelaki tak bermaruah petang2 camni ..)
Brader vavi:Ha! Kau doa la banyak2!! Eh pompuan!! Kau ada lesen tak?
Aku: adela…(Bodohnya dia…kalau aku tak ada lesen, camana aku boleh beli kereta ni?? Maybe kereta lagi besar dari tuan, pastu muka budak pulak..dia ingat aku pinjam keta bapak aku agaknya…)
*(asik Tanya aku ada lessen ke tak…pastu pandang2 harta aku yang ada dalam keta tu)
Aku: Ok lah bang..camni lah..senang cerita, kite g balai polis. Abang boleh maki2 saya kat sana..
Brader vavi: memang!!! Memang aku nak bawak kau ni pegi balai!!
Aku: (heheh..bodoh jugak brader ni…nak pegi balai pun buat apa..polis tu bukan nak layan dia pun..aku tak cederakan dia pun. Melainkan main peguam, baru lah boleh settle)
Brader vavi: oi bodoh!! Kau nak pegi balai tak ni????
Aku: (Malas nak layan..)
(Lebih kurang 20 minit jugaklah aku dimaki2 kat tepi jalan tu. Dengan bodoh, dengan kurang hajar, dengan takde otak, dengan berkali2 makian..)
Brader Vavi: Oi bodoh!! Aku doakan kau mampuss kat situ suatu hari nanti!! (terus beramboss, dan memandu dengan mencicitnya…)
Lepas brader  tu  blah, aku macam cair dari keadaan yang membeku. Semua macam mimpi…Aku kol besfren aku..dan tiba2 aku menangis…bawak keta mengigil2..Jahanam marah perempuan macam itu..Aku tak sedih pun, tapi sekurang2 nya kau hormat la perempuan. Kau tak boleh ke cakap elok2..kita kan orang islam…sekalipun aku nk langgar kau, tak boleh ke kau cakap baik2 . Siap kau doakan aku mampus lagi…Kau tak fikir ke, kalau aku ni lecturer, ajar anak kau satu hari nanti, ilmu tu tak berkat sebab kau dulu pernah doakan lecturer dia ni mampuss? Aku bet, sekiranya memang aku terlanggar dia, eksiden..kat hospital..mesti dengan sakit2 tu dia datang kat aku, maki2 aku…Kalau dia mati ke, agaknya dia confused, nak maki aku ke, nak jawab soalan mungkar nangkir dulu…..

Sunday, March 6, 2011

Minah Indon penyepak sampah ke sungai!


Hari ni aku gembira sikit. Sebab aku dah sebulan lebih tak jumpa Aidil. Makumlah seorang kat central region, seorang di south region. Hari ni Aidil ada. Datang sini, sebab semalam dia jadi runner untuk Racing Drag kat Cyberjaya dan Sepang. Jumpa pun kejap aje, jalan2 dekat Mines.. (oh! Shopping complex bukan jiwa ku). Terpaksa pergi situ sebab bawak kawan2 dia sekali dari kampong yang ikut dia. Diaorang tak pernah masuk Mines, so bawak lah diaorang. Aku dengan keta aku, dan Aidil dengan kawan dan keta dia. Sampai Mines, kami split. 

Mestilah aku nak jalan berdua je. Bosan betul lah! Nak beli apa pun tak tahu. Tak ada satu benda pun boleh rambangkan mata Aku.. Misi aku nak cari air ‘Cool Blog’ aje dengan Big Apple Durian Flavor. Big Apple yg baru sekali aku makan--
Jalan2 ajelah…
Aku ada bengang sikit, sebab dia sebok gunakan aplikasi I-Phone sepenuhnya.. 

Air cool blog pun aku tak jumpa…padahal dekat sebelah aku aja…Pastu Aidil terkekeh2 gelakkan aku,,.Dia cakap cuba pandang sebelah…rupanya…Kedai tu sebelah aku aje…
Pastu jalan2 dekat pedestrian dekat2 sungai yang ada terowong tu. Saja jalan kesitu, nak tengok apa ada..

Sebelum tu aku dan seorang Minah ni jalan beriringan. Aidil da kat depan..
Aku ingat kan amoi mana..rupa2nya Minah Indon, tengah nyayi dengan telinga disumbat earphone.
Aku tersengih2 aja..
 Pastu kami jumpa port yang sesuai utk duduk. Tiba2… minah indon ni, sepak sampah Potato chips dengan Botol Air masuk dalam sungai tu.
Aku dan Aidil tergamam,…WTF???!
Pastu Minah tu dengan selamba Vavi nya terus jalan…

Dekat 30 saat jugak lah Aku dengan Aidil berpandang-pandangan. Sampah yang penuh potato chips tu dah berterabur kat dalam sungai.
Nasib baik aku kecik, kalau badan aku besar sikit, Aku terajang minah tu!
Aidil pun bengang…
Aku: Napa awak tak terajang aje minah tu? Tak pun jerit macam halilintar bagi dia terberak sikit!
Aidil: Aku geram jugak…tapi ko tengok lah keliling ni..kaum dia?
Aku: (Aku pandang2..memang ramai pun kaum dia kat sini, siap bukak lagu dangdut lagi)
Aidil: aku rasalah, dia sepak tu nak tunjukkan dia tu gangster..
Aku: cilake betul perempuan tu! Ini Malaysia. Ini Sungai Malaysia. Kalau kau nak sepak sampah berterabur dalam sungai, pegi balik Negara kau!!! (bebel2 aje dengan Aidil dengan hati yang bengkak!)

Terus Aidil tiarap, ambik botol yang minah indon tadi sepak. FYI, kami memang pantang orang buang sampah merata, tak ada sivik, dan tak beradab!! (sepak sampah, buang sampah, orang lain kutip?? VAVI kau!

Saturday, March 5, 2011

Syukur

Aku sedih..selalu sangat aku jadi hamba Allah yang tak reti nak bersyukur. Kalau aku down, aku cakap diri aku BODOH, padahal aku dah pandai dah (BF aku cakap). Banyak benda kat dunia ni aku kena pandang betul-betul. Sudut keliling 360..

Dulu masa susah, masa kecik2, nak makan pun ala kadar je. Sekarang famili aku dah senang. Masak itu, masak ini, sampai selalu sangat terbuang. Aku pulak selalu makan nasi tak habis...Padahal negara-negara termiskin didunia macam Zimbabwe, Congo yang GDP nya tak sampai $300 percapita tengah suffer melawan takdir mereka.

Aku kat Malaysia mewah..makan sedap2. Pizza hut (setahun sekali je aku makan sbb tak suka fastfood), MCD, KFC, SUSHI KING...dan makanan yang berstandard tinggi bagi aku, sudah menjadi perkara biasa bagi semua orang. Tapi diaorang nak makan pun bertadah tangan...yang mampu air kotor dan bubur basi..


Padahal budak2 ni menderita. Tengoklah badan dia..cukup ke zat dia...macamana dia nak belajar...Boleh ke dia hidup untuk 3 tahun lagi....



Aku kat Malaysia ni suka beli kasut lepas dapat gaji. Padahal kasut 2 bulan lepas belum koyak2 lagi...Sedangkan budak-budak dekat negara miskin tu, tak berkasut.

Ya Allah, janganlah kau jauhkan kasih sayang MU. Aku jahil dalam menilai nikmat mu...
Memang aku dilahirkan untuk sensitif...Sekian
Enhanced by Zemanta