Pages

Ads- - -

Monday, December 13, 2010

Hatiku tersentuh

Assalamualaikum semua.
Kenapa tiba-tiba ahtti ini tersentuh..Aku sebenarnya sedikit terharu membaca nukilan brader tersebut di laman sesawang beliau. Ya, aku akui,,aku wanita yang impikan kasih sayang seorang suami yang begitu. Mugkin perjalanan hidupku panjang lagi. Haruslah menghabiskan MA ini dahulu kemudian mengejar cita-cita sebagai pengacara versatile. Berikut aku copy kan nukilan beliau.
Untuk lebih jelas, boleh melihat hasil penulisan beliau disini

February 25, 2010

Falsafah Cinta 18SX - "Sayang,Abang Ingin Membeli Lingerie Untukmu.."

Ada member aku tanya aku...."apa benda paling best lepas kau kahwin?"Secara naluri semulajadinya,aku sebagai seorang lelaki akan kata :

1. "Aku bukan teruna lagi!"
2. Ada teman
3. Boleh pegang tangan jalan2
4. Tidak takut untuk berdua-duaan di tempat-tempat gelap
5. Boleh keluar masuk hotel tanpa perlu rasa bimbang

...dan macam-macam lagi benda yang best (untuk orang baru kahwin ni kebanyakannya melibatkan nafsu lah kan,hehehe)

Tapi...
Semua benda tu tak se-best satu benda yang baru sekarang aku praktikkan.Ia tidak melibatkan penanggalan baju,ia tidak melibatkan tidur bersama,ia langsung tidak melibatkan nafsu serakah yang dahaga.

Apa yang paling best pada aku lepas aku kahwin?........Salam tangan isteri dan cium kepala dia lepas solat jemaah dengan dia.

SERIUS SHIT itu adalah satu moment yang aku rasa SANGAT SANGAT SANGAT BAHAGIA.Aku tak tau la korang rasa benda yang sama ke tak.Moment tu mampu membuatkan aku yang "tak berapa rajin solat" BERSEMANGAT nak solat.Waktu tu,perasaan marah dekat kerajaan,hangin dengan majikan,bengang dengan sesiapa pun hilang.Seolah-olah ditarik masuk ke dalam satu ruangan yang sangat mendamaikan hati dan jiwa.Aku mula paham apsal member2 aku yang dah kawin suruh aku kawin.

Dan aku berharap jangan lah pulak selepas ni wujud trend "Boyfren mengimami Gelfren" semata-mata nak mencuba dan merasai apa yang aku bagitau ni.Berzina tu memang la best kan...tapi hati tak tenteram buat apa?KAHWIN BANG!Setakat memuaskan nafsu tapi tak rasa kasih sayang,takde point dalam kehidupan.

Selama ni aku hanya fikir nikmat kahwin tu akan datang bila kita tak berpakaian dan kepenatan.
Aku tak pernah sangka kebahagiaan tu lebih hebat datang bila isteri aku bertelekung.

No comments:

Post a Comment