Pages

Ads- - -

Thursday, November 25, 2010

Hari yang tenang

Assalamualaikum

Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya (ceh, mcmla ada pembaca :p) untuk makluman, sebentar tadi aku telah menalifon Pegawai hal Ehwal Islam dari Bahagian Penyelidikan JAKIM. Pegawai ini dihubungi bagi menjemput beliau ke Majlis Perhimpunan Bulanan yang akan diadakan di tempat ku bertugas. Perbualan kami berkisar tentang tajuk yang sesuai untuk disampaikan semasa majlis itu nanti. Beliau menyarankan aku agar membuka lama Jakim di bahagian e-fatwa. Setelah melakukan beberapa pembacaan, terasa diri begitu jahil kerana tidak ambil tahu hukum hakam dan isu berlaku. Pembaca boleh melihat lama sesawang tersebut disini http://www.e-fatwa.gov.my/...
Antara isu yang menjadi tarikan adalah hukum memakai inai ditangan, mengugurkan kandungan mangsa yang dirogol, hukum wanita menyerupai lelaki dan sebagainya...
Ingin aku kupas isu berkaitan Hukum mengugurkan kandungan mangsa yang dirogol. Melalui pengamatan ku, tidak dinyatakan secara terperinci pula sebab keputusan Jawatankuasa Muzakarah keastas isu tersebut. Aku diberitahu oleh ustaz yang menjajarku disekolah agama dahulu bahawa keturunan tersebut tidak suci untuk tujuh keturunannya. kasihan anak itu, akibat perbuatan ibu bapanya, dia menggendong nama 'anak luar nikah' sepanjang hayatnya. Malahan tujuh keturunannya. Tidak elok pula aku menyalahkan ibu nya. Mungkin sebab dia dirogol atau bagaimana...Bagi si ibu, kalau digugurkan pula, dia akan mendapat dosa besar. Malahan dia akan menjadi pembunuh kepada anak itu. Kalau diberikan hidup, anak itu akan malu.. Sakit juga kepala aku ini memikirnya....


Sekian, nukilan

No comments:

Post a Comment