Pages

Ads- - -

Monday, December 13, 2010

Temuduga lagi???

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini aku menerima satu lagi panggilan temuduga. Sebelum itu, aku telah ke FMM (Federations Malaysian Manufacturers) atau pun Persekutuan Pekilan-Pekilang Malaysia yang mana Organisasi ini salah satu organisasi yang sangat outstanding di Malaysia menawarkan pelbagai kemudahan untuk mana-mana manufacturers di Malaysia. Jawatan yang aku pohon adalah Executive Trade Fair, Conference and Events. Antara skop kerja adalah pergi ke luar negara, mengendalikan majlis, karnival, persidangan dan sebagainya. Temuduga hari Jumaat (10 Disember 2010), tetapi gementarnya sudah aku rasai seawal 6 hb lagi..yaa…pada hari Isnin.. Aku sibuk membuat sedikit kajian (sehingga tidur lewat jam dua (2) pagi). Mencari maklumat tentang apa itu CPI (Customer Price Index), FDI (Foreign Direct Investment), Inflation dan segala macam hal berkaitan ekonomi. Memandangkan organisasi tersebut sangat mempunyai nama (hebat dimataku sebab mempunyai bangunan yang besar, nama yang canggih, pekerja yang berbahasa Inggeris keseluruhannya dari pengawal sehingga receptionist, ) maka ia mempengaruhi mindaku..Tidak mengapa, aku lakukan jua kajian demi kajian untuk buat yang terbaik semasa temuduga. Pada hari yang dijanjikan, aku pun melangkah ke organisasi berkenaan dengan mengenakan baju kemeja coklat, tudung coklat, dan seluar slack mahal (khas untuk temuduga pembaca berita yang pernah aku beli dahulu). Aku dijemput duduk di dalam sebuah bilik perbincangan dengan diberikan sebuah kertas. Mataku tertancap..Oh! apakah ini??? Esei? Dinyatakan disitu : FMM, please state current issues, proper title, recommendation, and conclusion.. aduhai…saat itu pening juga kepala aku. Setelah seberapa seketika, aku memutuskan menulis tentang “ Feed In Tariff Scheme in Malaysia (FIT)”- tentang renewable energy di Malaysia, tetapi aku perincikan pada bajet kerajaan. Hahaha…sangat susah rasanya. Dengan tatabahasa yang terbalik, dengan isu yang aku tidak ketahui berapa dalam. Sebelah aku, kelihatan seorang perempuan dengan gaya yang amat konfiden sekali, dan seorang mamat cina. Kami tidak berbual, hanya sibuk melengkapkan borang dan menjawab esei. Akhirnya, satu persatu keluar dipanggil dan tinggal aku berdua dengan seorang mamat cina (Nicholas namanya). Setelah aku selidiki, dia lulusan luar negara (daripada Australia bidang Perakaunan)..
Tidak lama kemudian, namaku dipanggil .waktu itu hampir jam 6.30 petang. Aku lah orang paling terkemudian akibat sesat di Bandar Damansara selama hamper satu jam setengah..
Berdebar perasaan ku..Ada tiga (3) orang panel, semuanya berbangsa cina. Seperti biasa, aku diminta untuk memperkenalkan diri. Kemudian mereka menyoalku bertalu-talu dan meminta aku memperincikan skop tugas di MOCCI. Kemudian, mereka memberi aku satu situasi dan bagaimana aku menangani keadaan tersebut. Mujur aku pernah menjadi pengacara majlis untuk Majlis Menteri sebanyak beberapa kali. Nampak gayanya, mereka sangat sukakan aku (perasaan disitu ) . Kemudian pelbagai lagi situasi. Yang mana dengan konfiden sekali aku dapat menjawabnya dengan bahasa Inggeris yang terbalik pukang. Kemudian mereka juga menjangkakan aku pandai untuk ‘Ber Public Speaking”. Mesti lah aku bangga, kerana guru Bahasa Inggeris di tempat kerja aku memberi markah 9/10 dimana tidak semasa itu, hanya aku saja mendapat markah tersebut. Sehinga kini terngiang “ Shes born with talent”..(aku tidak obsess dengan diriku ya… ) Allah telah mempermudahkan urusan aku dari sukar menjadi mudah. Terima Kasih Ya Allah.

Hatiku tersentuh

Assalamualaikum semua.
Kenapa tiba-tiba ahtti ini tersentuh..Aku sebenarnya sedikit terharu membaca nukilan brader tersebut di laman sesawang beliau. Ya, aku akui,,aku wanita yang impikan kasih sayang seorang suami yang begitu. Mugkin perjalanan hidupku panjang lagi. Haruslah menghabiskan MA ini dahulu kemudian mengejar cita-cita sebagai pengacara versatile. Berikut aku copy kan nukilan beliau.
Untuk lebih jelas, boleh melihat hasil penulisan beliau disini

February 25, 2010

Falsafah Cinta 18SX - "Sayang,Abang Ingin Membeli Lingerie Untukmu.."

Ada member aku tanya aku...."apa benda paling best lepas kau kahwin?"Secara naluri semulajadinya,aku sebagai seorang lelaki akan kata :

1. "Aku bukan teruna lagi!"
2. Ada teman
3. Boleh pegang tangan jalan2
4. Tidak takut untuk berdua-duaan di tempat-tempat gelap
5. Boleh keluar masuk hotel tanpa perlu rasa bimbang

...dan macam-macam lagi benda yang best (untuk orang baru kahwin ni kebanyakannya melibatkan nafsu lah kan,hehehe)

Tapi...
Semua benda tu tak se-best satu benda yang baru sekarang aku praktikkan.Ia tidak melibatkan penanggalan baju,ia tidak melibatkan tidur bersama,ia langsung tidak melibatkan nafsu serakah yang dahaga.

Apa yang paling best pada aku lepas aku kahwin?........Salam tangan isteri dan cium kepala dia lepas solat jemaah dengan dia.

SERIUS SHIT itu adalah satu moment yang aku rasa SANGAT SANGAT SANGAT BAHAGIA.Aku tak tau la korang rasa benda yang sama ke tak.Moment tu mampu membuatkan aku yang "tak berapa rajin solat" BERSEMANGAT nak solat.Waktu tu,perasaan marah dekat kerajaan,hangin dengan majikan,bengang dengan sesiapa pun hilang.Seolah-olah ditarik masuk ke dalam satu ruangan yang sangat mendamaikan hati dan jiwa.Aku mula paham apsal member2 aku yang dah kawin suruh aku kawin.

Dan aku berharap jangan lah pulak selepas ni wujud trend "Boyfren mengimami Gelfren" semata-mata nak mencuba dan merasai apa yang aku bagitau ni.Berzina tu memang la best kan...tapi hati tak tenteram buat apa?KAHWIN BANG!Setakat memuaskan nafsu tapi tak rasa kasih sayang,takde point dalam kehidupan.

Selama ni aku hanya fikir nikmat kahwin tu akan datang bila kita tak berpakaian dan kepenatan.
Aku tak pernah sangka kebahagiaan tu lebih hebat datang bila isteri aku bertelekung.

Thursday, November 25, 2010

Hari yang tenang

Assalamualaikum

Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya (ceh, mcmla ada pembaca :p) untuk makluman, sebentar tadi aku telah menalifon Pegawai hal Ehwal Islam dari Bahagian Penyelidikan JAKIM. Pegawai ini dihubungi bagi menjemput beliau ke Majlis Perhimpunan Bulanan yang akan diadakan di tempat ku bertugas. Perbualan kami berkisar tentang tajuk yang sesuai untuk disampaikan semasa majlis itu nanti. Beliau menyarankan aku agar membuka lama Jakim di bahagian e-fatwa. Setelah melakukan beberapa pembacaan, terasa diri begitu jahil kerana tidak ambil tahu hukum hakam dan isu berlaku. Pembaca boleh melihat lama sesawang tersebut disini http://www.e-fatwa.gov.my/...
Antara isu yang menjadi tarikan adalah hukum memakai inai ditangan, mengugurkan kandungan mangsa yang dirogol, hukum wanita menyerupai lelaki dan sebagainya...
Ingin aku kupas isu berkaitan Hukum mengugurkan kandungan mangsa yang dirogol. Melalui pengamatan ku, tidak dinyatakan secara terperinci pula sebab keputusan Jawatankuasa Muzakarah keastas isu tersebut. Aku diberitahu oleh ustaz yang menjajarku disekolah agama dahulu bahawa keturunan tersebut tidak suci untuk tujuh keturunannya. kasihan anak itu, akibat perbuatan ibu bapanya, dia menggendong nama 'anak luar nikah' sepanjang hayatnya. Malahan tujuh keturunannya. Tidak elok pula aku menyalahkan ibu nya. Mungkin sebab dia dirogol atau bagaimana...Bagi si ibu, kalau digugurkan pula, dia akan mendapat dosa besar. Malahan dia akan menjadi pembunuh kepada anak itu. Kalau diberikan hidup, anak itu akan malu.. Sakit juga kepala aku ini memikirnya....


Sekian, nukilan

Tuesday, November 23, 2010

Minat baru

Assalamualaikum semua
rasanya sudah lama aku tidak menitip berita untuk dirakan didalam entri ini. Kebelakangan ini, aku sangat sibuk dengan pelbagai perkara. Siapa sangka aku yang dulu beperwatakan kasar dan lasak, akhirnya pergi berlenggang ke kelas andaman. Semuanya aku lakukan demi minat dan masa depan. Masa depan kah begitu?engikut penelitian ku, tidak salah untuk belajar mengandam rupa. Ia adalah sebahagian daripada hidup wanita. Wanita memang sinonim dengan kecantikan. Berbekalkan semangat yang tinggi, aku pergi ke kelas tersebut tanpa sesiapa pun yang aku kenali. Sebelum itu, aku juga sibuk kesana kemari mencari produk bersesuaian untuk menjadikan aku seorang 'make-up artist' amatur. Kemudian aku mencari beberapa orang model untuk pembikinan blog kedua ku berkisarkan tentang fesyen, style berbusana dan berhijab. Aku mengandamkan mereka, dan mencari lokasis sesuai untuk berfotografi. Kerana minat juga, aku sanggup membeli sebuah kamera DSLR yang beribu harganya. untuk menukil model ini kedalam fotograf aku. Kemudian, aku juga sibuk mencari riben, dan manik untuk dibuat aksesori tudung kepala. Asal ada masa terluang, aku menjahit dan mencari idea baru untuk persona hijab ku. Tidak cukup dengan itu, minat menjahit baju timbul sudah lama. Aku agak cemnburu apabila rakan bloggers sangat kreatif dan pandai menjahit busana mereka sendiri. Aku inginkan sesuatu yang berpadanan dengan diriku. Minat itu kembali membara setelah aku mendengar seorang rakan ingin mengikuti kelas jahitan. Bagaimana harus ku mulakan? dengan diriku yang sibuk bekerja, belajar dan segala macam pekerjaan lagi. Setelah aku selidiki, kelas jahitan diadakan secara berkala dengan bayaran tertentu. Mana mungkin aku dapat menhadirinya secara konsisten..Nantilah, akan aku fikirkan bagaimana caranya. Pemaisuri yang aku sayangi, dialah pandai segala jahitan. kenapa aku tidak belajar dengan dia? Bila pulang ke kampung nanti, akan aku jumpa mak, dan nyatakan hasrat hati. Mesti hatinya girang kerana aku selalunya memandang remeh perkara begitu..(perkata jahitan). Sebentar tadi, aku telah mencabar seoirang rakan (FATIRAH MOHD NOR) untuk menunjukkan hasil jahitan kami dalam masa sebulan lagi, bermula tarikh tadi terpatri cabaran itu. Bermakna hasil akhir pada 23 Disember 2010 bulan depan. Aku mencabar dia selaku mencabar kemampuan ku jua. Aku rasakan perkara ini seronok. Kita lihat saja bagaimana jahitan dua orang yang tidak pernah  menjahit nanti. Yang pasti, aku rasa hasilnya mesti kreatif dan berbangga. walaupun tanpa pengetahuan yang sedalamnya. Sama-sama kita nantikan cabaran ini.


Sekian, nukilan

Sunday, November 14, 2010

suka duka aku di MOCCI

Salam semua.
MOCCI?? (apakah dia??)-Acctually merujuk kepada tempat kerja aku-nama terpaksa diubah dan dirahsiakan demi menjaga kepentingan semua pihak-
Bermula kerjaya ku disini pada awal ogos 2009. Pada waktu itu, aku adalah kuli atau orang bawahan. hanya mengikut, hanya menurut. rasanya seakan tersiksa kerna aku punya idea, aku punya buah fikiran yang aku rasakan boleh dibawa kepada atasan untuk perbincangan dan sebagainya yang melicinkan kerja. Namun, seringkali itu juga aku tidak dipandang, kerna aku hanyalah bertaraf kerani biasa walaupun aku mempunyai kelulusan..kemudian, setelah beberapa penantian, akhirnya aku dinaikkan skim kepada yang lebih tinggi, bersesuaian dengan kelulusan ku. terlalu banyak pengalaman yang aku timba, banyak juga yang aku dicela. Pengalaman paling sukar ku terima, tidak terkira banyaknya. Dimarahi oleh orang atasan, dikatakan tidak profesional dalam kerja, sudah menjadi asam garam tiap kali mesyuarat atasan dilakukan. Bukan mesyuarat bahagian yang hanya ada ketua, tetapi mesyuarat dengan pegawai2 tinggi kerajaan. waktu itu seperti terpalit tahi dimuka ku. namun, aku bersabar lagi. berkat kesabaran memungkinkan kita menjadi matang dan memperbaiki diri. tapi apa pula cerita dimarahi oleh orang bawahan? pedihnya sampai ke urat belikang. hendak dilupakan, tidak mungkin sama sekali kerana hatiku telah tercalar dek mereka-mereka itu. Mungkin persoanliti ku yang 'BAIK" dan tidak pandai melawan? atau juga stigma "KONTRAK" tidak patut dimuliakan..Pernah, PA (personal assistant) atau kerani kesetiausahaan memarahi aku, dan menghalau aku. Apabila mereka menyemat PA kepada orang atasan, seolah-olah memberi mereka kuasa untuk bertindak seperti ketua mereka. Benar bagai dikata, setiausaha adalah cerminan kepada seorang ketua. Apabila buruk yang dikatakan PA kepada orang yang mahu berurusan dengan ketua mereka, begitulah jugalah apa yang orang-orang disekeliling berpendapat tentang ketua tersebut. Misalnya begini:
Orang awam: Saya mahu berjumpa dengan bos awak hari ini? boleh?
PA                 : nk bincang pasal apa?
Orang Awam : tentang kertas kerja yang dibentang tempohari
PA                 : maaflah! dia sibuk sekarang. Lagipun dia tak mahu diganggu berkaitan kertas kerja ini. Kalau  nk bincang juga, datang hari lain..




Nampak bukan senario ini? tidak jelas lagi? contoh kedua akan menyusul:


PA      : kak, meeting esok Dato' sabahiyah hendak makan nasi ayam.
Kerani: alamak, akak dah tempah makanan la. Meeting esok disaji dengan mee goreng.
PA       : Dato; nak jugak nasi ayam. kena cari la kak. Dia tak suka mee goreng. Low class katanya!!

:: (Sebenarnya PA yang mahu makan nasi ayam, Dia gunakan nama ketuanya)::


Nampak bukan..betapa hebatnya  kuasa seorang PA. Dia adalah cerminan seorang ketua. jika dia gagal dalam mencerminkan imej dan peribadi mulia, maka orang akan menuding ketuanya.Kembali kepada peristiwa aku dimarahi oleh PA kepada orang atasan ini. Dia pernah menghaau aku keluar dari biliknya dan saat itu aku hanya mengomel memarahi dalam hati.


Bercerita pula pasal orang lembut ditempatku ini. Orang itu afdalah lelaki yang membebel mengalahkan wanita, yang bercakap mengalahkan wanita, yang mengadu domba dialah raja. Aku juga pernah dimarahi oleh orang sebegitu. Perinya memang terkenal dengan mulut celupar. Bayangkan, ramai-ramai menerjah bilikku, dan memarahi aku. walhal, pada masa itu, aku diarahkan untuk membantu mereka. Mengapa aku terlalu baik untuk tidak marah, menyelesaikan dengan cuba bertahan. Waktu itu aku berfikir, sangat tidak profesional jika aku menjerit2 seperti mereka juga. seperti aku tiada pelajaran, seperti aku pencacai bawahan, sama sikap seperti mereka, tidak tahu menghormati'..begitu yang aku fikirkan. Hairan bukan, sepatutnya orang atasan memarahi orang bawahan, tetapi yang terjadi kepadaku terbalik pula. Pada hemat aku, lagi dibawah kita berada, kita mesti kenal siapa diri kita. Usah berlebih, dan sentiasa hormat-menghormati. 


Tidak cukup dengan itu, situasi aku dimarahi oleh seorang ketua yang berketurunan INDIA juga menyentak hati nuraniku sehingga kini. Aku bukan berniat racist disini. bukan sama sekali. Pernah aku terdengar, dia berkata begini " Dont mind, you can ask her to do anything, shes contract only"...Waktu dia berkata dengan seorang pembekal (supplier)..tika itu, mataku tertancap pada perbualan tersebut dan berada disatu sudut yang mereka tidak perasankan aku langsung...Mendengar patah tersebut, hatiku luka. seorang ketua yang aku hormati, sanggup berkata tidak wajar begitu. siapakah aku? walhal. dia hanya superior ku, gred jawatan sama dengan aku. apa yang memebzakan kami , perkataan KONTRAK sahaja...

Sekian, nukilanku untuk pagi penuh berkat ini. Semoga Allah membantu aku, dalam apa jua keadaan yang aku tak tyertahan, duka atau pun senang..

Saturday, November 13, 2010

Peperiksaan PTD dan KPLI

Oleh kerana tadi aku baru menduduki peperiksaan PTD dan KPLI, maka, aku harus berbahasa penuh disini. Tanpa ada kata atau perenggan singkatan..(inilah calon-calon harapan)..:D Peperiksaan PTD adalah Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Agak glamour juga jawatan ini di Kementerian kerana ini adalah satu-satunya jawatan yang memungkinkan seseorang itu untuk naik kepada skim yang lebih baik hanya dengan beberapa tahun.bermula dengan gred 41, seterusnya gred 44, 48,52,54, seterusnya JUSA A, JUSA b, JUSA C (gred JUSA biasanya disandang oleh Dato'/Datin/Prof/Dr.). Jawatan ini juga satu-satunya akses untuk menjawat Ketua Setiausaha dan Ketua Setiausaha Negara. Dengar khabarnya, lebih 400 ribu calon menduduki peperiksaan ini. Kertas soalan mengandungi bebrapa bahagian. Memerlukan daya analitikal dan kritis seseorang untuk menjawap soalan ini dengan begitu sempurna. Agak sulit juga untuk lulus dalam peperiksaan ini kerana diriku sahaja, sudah kali ke 3 mengambil peperiksaan ini. Namun, ada insan yang lebih hebat, hasil temuramah ku dengan bebrapa calon dahulu, bahawa mereka pernah mengambil peperiksaan ini hingga kali ke 7, dan kali ke 8. Ditanya apakah tidak bosan atau patah semangat? jawapannya mudah: kerana cita-cita: peperiksaan KPLI pula adalah Kursus Perguruan.khas untuk mengajar sekolah rendah. Persaingan agak hebat juga disini, kerana bidang perguruan juga menjanjikan cabaran dan jaminan masa depan kepada penjawatnya. Antara komponen soalan adalah verbal, analitikal, kuantitatif dan bahasa inggeris. Masa yang diperuntukkan adalah 30 minit bagi setiap komponen.Kepala bagai diawangan seketika, apabila selesai sudah satu-satu komponen, calon terus diasak lagi dengan kertas seterusnya. Membuatkan calon tidak mahu berlengah, dan terus menjawap tanpa sepicing pun merehatkan minda dan berfikir dengan idea penuh dikepala. Aku memilih untuk pergi ke Peperiksaan KPLI, kerana aku yakin rezeki ku akan dipermudahkan disitu oleh sebab aku mencintai bidang pendidikan. Aku ingin mendidik anak bangsaku berpaksikan tekad ini untuk menjadi seseorang yang dikenangi kerana budinya kepada agama, negara dan bangsa. suatu sentimen yang mencerap ke benakku tiap waktu sambil tersenyum simpul mengenangkan alangkah indahnya menjadi seorang guru yang akan didingati oleh seseorang murid hingga hayatnya kerana pernah mencurahkan ilmu. Doakan aku berjaya menggalas cabaran ini, InsyaAllah. Sekian untuk tatapan..

Wednesday, November 10, 2010

tingkatkan diri, tambahkan prestasi

Salam semua,
hari ni aku nk berbicara tentang pendidikan sikit :) siapa sangka, aku yg plaing hancuss dalam keluarga mampu mengejar pendidikan sehingga ke tahap MASTER..rse mkin lme blja, mkin bodo...ishh..xtaw la knapa..
kalau nk ikutkan kt skolah dlu, aku x suke sgt bljo..aku suke ngulor,still..aku diantara pelajar dikelas awal, bkn kls hujung2..lagipun aku ni bnyk terlibat dengan aktvti KO-KO..smpi menjawat jawatan timbalan presiden PBSM kau...hehehe..mcm2 la jwtn aku sandang mse kt skola dlu (giler kose)..yg peliknye, aku ni nakal habeh, tp xpenah msuk blik displin pun..n after finished studies, cikgu2 dsplin yg suke ugut2 aku, n nyampah ngan aku, jd kwn baik aku...dorg kalo jmpe aku, msti ingat muke aku. n kt skola dlu aku de peminat aku sdri..sbb budak2 agas tu ckp aku ni brutal, sempoi n pandai (hehe..he..perasan) tp aku xpndai pun mse kt skola dlu. cme daya analitikal aku ni lebih. smpi kdg2 tu cikgu pn xreti nk jwp soklan tahpape aku ni. xmmpu mmbidas. sbb dlu mse skolah, aku ni bnyk bce general knwldge..pastu aku blja bhase cine sdri n bhase tamil kalau ade slot tu tiap hari rabu kalau xsilap kt THR (stesen radio yg dah xmenarik minat aku).aku dengar THR ni time mlm2 jer, kalo de citer2 hantu n slot blja bahasa...npe aku nk bebel panjang2 ni sdgkan motif aku 1 jer..
aku sbnrnye nk amik diploma PERUNDANGAN la....cmbest jer...cmbest jer!!!!!cmbest jer!!!!!geram betolla...xthn la nk amik,,tp msti ade pre-test utk bljo bidang 2..kne jawap peksa dlu ke cmne kn..(mintak2 jgnla ade soklan maths..) aku ni lemah gemalai la kalo de maths ni..aku btl2 kaku membisu dan xberdaya kalo de matematik dlm hidup aku..terus terang, yg simple2 jer pn aku xmampu nk selesaikan....snape tah aku xboleh nk menjiwai subjek matematik ni..dlm sejarah peradaban dunia hadijah pun, da greatest achievement in maths adalah B+..(tolol xtolol aku ni)..dan lain2 kebanyakan adalah c atau failed...sib baik spm aku lps, kalo x, msti xleh msuk U....
p/s: mereng2 smbil wat kje

Tuesday, November 9, 2010

Bukan sekelip mata hati berubah...

Aku bukan lah perempuan biasa yg tidak mampu mempertahan cinta. Aku perempuan luar biasa yang mampu menahan hati, menahan mata, menahan perasaan demi cinta..CINTA SUCI? katenye..sudah bertahun aku menahan, memendam..apa pula rasanya ya? rasanya xtertahan...kalaulah Najib (PM) dapat aku, mesti dia bangga giler ngan aku,.,sbb aku ni, susah nk mati pun aku tetap setia.sblm jadi PM mesti die ssh tahap dewa kn? hah..ha..ha..;p .nasihat seorg kwn kepada aku begitu menyentak. tapi aku mampu bezakan kata2 provokasi dengfan realiti yang aku hadapi..begini bait2 perbualan kami:

Kawan      : kalau cari lelaki, cari la yang berharta..harta 2  penting disamping tu, pakej2 lain pun         sebagai pendamping..
dgn harta, ko blh hidup sehingga hari tua n memastikan keadaan anak ko dan keturunan ko terjamin
Aku          : aku fhm, aku tau..tp kalau lelaki tu dapat seseorg wanita dgn keadaan dia berharta, xpernah ssh hidup bersamanya, possibilities untuk dia tinggalkan lelaki terbabit pabila tba2 badai yang xmampu tertahan datang? mesti percentage dia lagi memberat kesitu..xramai psgn yg dpt hidup bersama kita apabila kita ssh, apabila kita sakit..dan mcm2 lagi halangan tahap DEWA nanti...
kawan     : harta tu penting..sekurang2nya ko terjamin...
Aku         : pehal ko ni...

::: xtaulah samada aku atau kawan yg perlu memikirkan balik frasa-frasa pernyataan kami:::

Untuk makluman seantero dunia, mcm2 dh aku lalui, sehingga getir peringkat terakhir, sehingga rasa nk tinggalkan saja semua ini, dan xperlu fikir apa2 memori yang telah tercipta. Bukan sedikit yang mendekati aku, bkn tiada langsung, namun,
Aku masih gagah melawan. kencang mempertahan sedangkan dlm hati ku berkata --SAMPAI BILA--pedih lebih kurang rasanya...selalu tergigit jari dgn perasaan sendiri, melihat org berdamping dgn itu dan ini, sdg aku masih begitu lagi. memberi apa yg aku termampu. segalanya aku korbankan.
tenaga/sumber kewangan/kasih sayang/....hati aku bkn segagah cinta Laila dan Majnun, namun aku cuba juga sedaya upaya, agar tidak tercalar dengan apa2 yg telah aku korbankan. Kata ustaz yg beri talk semalam, perlu ada give n take didalam sesebuah perhubungan..
::sama-samalah kita fikirkan sejenak::